disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Selasa, 31 Januari 2023

TH Serah Lesen Pengelola Jemaah Haji Bagi Tahun 1444H/ 2023M

 

30 JANUARI 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 23 syarikat pelancongan tempatan termasuk anak syarikatnya TH Travel & Services Sdn Bhd untuk Musim Haji 1444H/2023.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pemilihan PJH adalah bagi memastikan syarikat-syarikat pelancongan tempatan memiliki kapasiti yang teguh, kepakaran dan pengalaman yang mencukupi serta berwibawa supaya mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik serta sentiasa menjaga kebajikan jemaah haji negara. 

“TH ingin mengingatkan semua bakal jemaah haji yang berhasrat ingin menunaikan haji tahun ini untuk lebih berhati-hati dan memilih pakej yang disediakan oleh syarikat-syarikat PJH yang dilesenkan ini sahaja,” kata beliau semasa majlis penyerahan Lesen PJH di Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini. 

“Bakal haji yang berhasrat menunaikan haji melalui PJH perlu mendaftar dengan syarikat pilihan mereka selepas menerima surat tawaran menunaikan haji,” tambah beliau.

Sebagai peringatan tambahan, rakyat Malaysia hendaklah patuh kepada peraturan Kerajaan Arab Saudi iaitu menggunakan Visa Haji bagi mengerjakan haji dan bukan visa pelancongan yang tidak dibenarkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Semua wakil PJH telah diberi taklimat mengenai Terma dan Syarat Perkhidmatan Pakej Musim Haji 1444H/2023. 


SENARAI 23 AGENSI PELANCONGAN YANG DILESENKAN SEBAGAI PENGELOLA JEMAAH HAJI (PJH) BAGI TAHUN 1444H / 2023M:

1. TH TRAVEL & SERVICES SDN. BHD.

2. ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

3. ALIF TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

4. AL-BALAD TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

5. AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

6. BATUTA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

7. C.S HOLIDAYS SDN. BHD.

8. CITRA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

9. EIMAN TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

10. GEMILANG TRAVEL AND TOURS SDN. BHD.

11. JAD TRAVEL & TOURS (M) SDN. BHD.

12. JUARA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

13. EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN BHD. 

14. MIMM TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

15. MKM TICKETING TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

16. RAYHAR TRAVELS SDN. BHD.

17. SYARIKAT PELANCUNGAN YASKIN SDN. BHD.

18. TM TOURS & TRAVEL SDN. BHD.

19. TRI-D TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

20. UTAS TRAVEL & TOURS WORLDWIDE HOLIDAYS SDN. BHD.

21. WIRA SAUJANA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

22. ZAHAFIZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

23. FELDA TRAVEL SDN BHD.


Pautan: 1. Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)

              2. Bimbingan


Sumber: Laman web rasmi TH / facebook Tabung Haji

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.