disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Sabtu, 21 Januari 2023

Photographic Memory Memorization Method

PMMM adalah Photographic Memory Memorization Method ataupun Kaedah Hafalan Fotografik. Teknik PMMM ini bermaksud pelajar dapat membayangkan ayat atau juz yang telah dihafaz seumpama al-Quran itu terbentang dihadapannya. Kepelbagaian tahap hafazan pelajar akan diraikan melalui kaedah ini dengan mengambil kira prinsip ," Memorizing al-Quran can be so fun" dan prinsip " Quality over Quantity". 

Program Tahfiz ini disusun khas oleh Dr. Kamilin Jamilin untuk mendidik anak-anak dengan pengajian al-Quran dengan lebih berkesan. Kualiti hafalan al-Quran lebih diutamakan daripada kuantiti. untuk memastikan mereka dapat diasuh untuk mempunyai kualiti hafalan yang mantap. Program akademik disini menerapkan konsep 'fun' membuatkan anak-anak lebih kreatif dan sentiasa mempunyai daya momentum yang tinggi untuk terus bersemangat dalam pembelajaran. 


DR KAMILIN BIN JAMILIN
Pengerusi Akademi Al Khayr

Dr. Kamilin Jamilin merupakan Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis termuda. Beliau mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang hadis daripada Universiti Islam Madinah (UIM) dengan kepujian kelas pertama pada tahun 2008. Seterusnya beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang hadis dan tafsir di Universiti King Saud, Riyadh Arab Saudi pada tahun 2013 dengan kepujian kelas pertama. Tesis sarjananya yang setebal 1800 halaman bertajuk “Mawarid Al-Hafizh Mughlatay fi ikmal Tahdzib Al-Kamal”.

Beliau kemudiannya memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang hadis ( Al-Jarh wa Al-Ta’dil) di Universiti Sains Islam Malaysia dengan keputusan cemerlang kelas pertama. Tesisnya yang setebal 1500 halaman bertajuk “Madlul Mustalah Laysa Bilqawiy wa Laysa Biqawiy ‘Inda Abi Hatim Al-Raziy Muaqaranah ma’a Al-Aimmah Al-Mutaqaddimin : Dirasah Tatbiqiyyah ”.

Beliau menyandang jawatan Exco Penerbitan Negeri Perlis dan kini merupakan Pengerusi Akademi Al Khayr. Beliau aktif dalam bidang penulisan berkaitan ilmu hadis dan telah menerbitkan banyak kertas kerja.


 

DZIKIR PAGI / DZIKIR PETANG:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.