disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 17 Februari 2023

FARAID ORANG BUJANG


KREDIT: PUAN UMI YUSOF

 

Soalan: 

Assalammualaikum. 

Boleh saya bertanya kan soalan? 

Mohon memberi sedikit bantuan pencerahan jika puan sudi. 

Sekiranya wanita bujang meninggal, bagaimana cara pembahagian faraid? 

Keadaan semasa begini: 

  1. Ada ayah
  2. Ibu telah meninggal
  3. Ada ibu tiri
  4. Ada abg kandung (seibu sebapa)
  5. Ada kakak kandung (seibu sebapa)
  6. Ada adik lelaki tiri (lain ibu)
  7. Ada adik perempuan tiri (lain ibu.)
  8. Ada bapa saudara – sebelah bapa.

 

Jawapan: 

1️⃣ Bila Bapa ada (ibu kandung tiada), maka Bapa dapat hak faraid 100%. Ibu tiri tiada bahagian faraid. 

Sekiranya ibu kandung masih hidup, Ibu dapat 1/3 dan bapa dapat 2/3 bahagian. 

2️⃣ Jika Bapa tiada, maka adik lelaki kandung dapat 2/3 dan adik perempuan kandung dapat 1/3. 

3️⃣ Bila Bapa dan Adik Lelaki Kandung tiada, maka adik perempuan kandung dapat 3/6, adik perempuan sebapa dapat 1/6 dan adik lelaki sebapa dapat 2/6.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.