disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 12 April 2023

Kemuncak Ramadhan Ialah Lailatul Qadar.

 

Semua orang berpeluang untuk dapat Lailatul Qadar. Tidak ada yang terkecuali. Semua ada peluang yang sama banyak.

Lailatul Qadar boleh berlaku pada mana-mana malam dalam bulan Ramadhan. Lebih kuat pendapat mengatakan ia berlaku pada 10 malam yang terakhir. Ada juga pendapat mengatakan ia berlaku pada malam-malam ganjil di 10 hari yang terakhir.

Lailatul Qadar ialah peluang terbaik untuk dapat 3 perkara. Pahala yang tersangat banyak, doa yang dimakbulkan dan ketetapan urusan kita; apa yang bakal berlaku setahun akan datang.

Malaikat Jibril sendiri akan turun pada malam tersebut. Malaikat-malaikat lain juga bakal menyemarakkan lagi malam tersebut.

Ia adalah malam yang penuh dengan keberkatan. Ia malam yang penuh dengan kesejahteraan.

Hanya 1 malam dalam setahun. Tawaran dibuka luas sehingga sejurus sebelum azan Subuh.

Rancanglah. Carilah. Rebutlah.

Semoga saya dan kita semua direzekikan Allah dengan Lailatul Qadar pada tahun ini.



Kredit: Khairul Anuar Basri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.