1. Hari Arafah merupakan hari yang sangat agung dan sangat penting. Di mana pada hari demikian Allah dan para malaikat sangat dekat dengan kita. Bahkan pada hari itu diperkenankan segala doa, diampunkan dosanya dan juga dibebaskan padanya api neraka.
ما من يوم أكثر من
أن يعتق الله فيه عبدا من النار من يوم عرفة، وإنه ليدنو ثم يباهي بهم الملائكة فيقول:
ما أراد هؤلاء؟
“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya dari neraka seperti Hari Arafah. Pada hari tersebut Allah mendekati mereka dan berbangga dengan mereka (hamba-hamba-Nya) di sisi malaikat dan berkata: Apa yang mereka mahukan?”
[Sahih Muslim]
2. Hari Arafah
sangat jelas dan maklum waktunya berbanding dengan malam lailatul qadar yang
mana waktunya dirahsiakan oleh Allah SWT
3. Kita
disunatkan untuk berpuasa bagi yang mampu pada Hari Arafah. Kerana pada hari
tersebut Allah akan menghapuskan dosa-dosa mereka.
Daripada Abu
Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada
Hari Arafah:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ
الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”.
[Riwayat Muslim]
4. Kita juga
digalakkan memperbanyakkan zikir tahlil, tasbih dan takbir
Sabda
Rasulullah:
ما من أيام أعظم
عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل
والتكبير والتحميد
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid”
(HR al-Tabrani)
Dan zikir yang
paling baik adalah zikir
لا إله إلا الله
وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
5. Doa pada
Hari Arafah adalah sebaik-baik doa. Hidupkanlah hari kita dengan mengisi waktu
untuk memperbanyakkan doa dan memohon keampunan dari Allah SWT
Daripada
Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيْرُ الدُّعَاءِ
دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah”.
[Riwayat al-Tirmizi : 3509]
6. Marilah kita bersama menghidupkan jiwa dan
iman pada Hari Arafah, sepertimana para salafussoleh juga menghidupkan Hari
Arafah
منهم من كان يغلب
عليه الرجاء: قال عبدالله بن المبارك: جئت إلى سفيان الثوري عشية عرفة وهو جاثٍ على
ركبتيه، وعيناه تذرفان فالتفت إلي، فقلت له: من أسوأ هذا الجمع حالاً؟ قال: الذي يظن
أن الله لا يغفر له
(كتاب لطائف المعارف)
Ada di antara
mereka orang yang tinggi pengharapannya kepada Allah.
Abdullah bin Mubarak pernah bertanya kepada Sufyan At-Thauri pada malam Arafah; “Siapakah yang paling teruk keadaan dirinya pada hari ini?” Jawab Sufyan At-Thauri dalam keadaan berlinangan air mata, “Mereka yang menyangka Allah tidak menghapuskan dosanya”.
(Kitab Lathaiful Maarif)
Justeru, mari
kita mengisi detik-detik yang sangat berharga pada Hari Arafah dengan
memperbanyakkan zikir, doa dan amal ibadah. Rugilah bagi mereka yang
mensia-siakan waktu keemasan ini. Ajak juga ahli keluarga untuk turut bersama merebut
peluang ini.
Moga kita semua
tergolong dalam golongan hamba Allah yang bertaqwa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.