disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Khamis, 31 Ogos 2023

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-66.

 


Assalamualaikum,

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-66 kepada seluruh rakyat Semoga terus makmur, sejahtera dan bersatu-padu. Merayakan hari kemerdekaan bukan hanya tentang mengenang sejarah, tetapi juga tentang meneruskan semangat perjuangan dan memupuk rasa cinta kepada negara. 

Alhamdulillah syukur, demam pilihan PRN dibeberapa buah negeri baru saja selesai, walaupun tak dapat kita nafikan pelbagai kekecohan dan cerita kurang menyenangkan timbul semasa tempoh berkempen, sedikit sebanyak pasti ada pihak yang terluka dan terasa bahana kempen yang diketengahkan. Walau apa pun keputusan dalam pilihan raya lepas, semua pihak sewajar sentiasa bersikap berlapang dada dan reda dengan keputusan pilihan raya itu. 

Tautkan kembali ukhuwah dan persaudaraan, kurangkan permusuhan dan persengketaan, elakkan fitnah dan adudomba yang semuanya boleh memudharatkan kestabilan negara. Usah ada dalam kalangan kita yang cuba merosakkan keharmonian dan toleransi ini dengan mengeji, menghina mahupun mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mana-mana agama, kaum mahupun bangsa. Sikap sebegini haruslah dielakkan, ditegur ataupun dinasihati supaya ianya tidak merebak mahupun melarat dimana ia mampu menghancurkan keharmonian yang kita telah capai selama ini. 

Sesungguhnya, inilah masanya buat kita semua rakyat Malaysia tanpa mengira pegangan politik dan perbezaan kaum untuk bersama-sama membantu negara menjayakan setiap agenda pembangunan. Kestabilan politik penting bagi meneruskan usaha untuk meningkatkan tahap ekonomi negara dan juga menaik taraf kehidupan rakyat.

Sama-samalah kita berdoa semoga seluruh rakyat Malaysia dan negara yang kita cintai ini akan terus kekal aman dan makmur, serta sentiasa berada di bawah perlindungan Allah dan dijauhi daripada musibah dan bala bencana.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.