السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
شيئان محزنان : رجل لم يدخل
المسجد إلا في جنازته و امرأة لم تستر عورتها إلا في كفنها
Dua suasana yang menyedihkan:
- Seorang lelaki yang tidak masuk masjid melainkan ketika mana menjadi mayat.
- Seorang wanita yang tidak menutup aurat melainkan ketika mana dikafankan.
أول ما يسقط منك عند موتك
هو اسمك لذلك عندما تموت يقولون عنك أين الجثة؟ ولا ينادونك بإسمك
Perkara pertama yang gugur daripada kamu apabila kamu mati ialah nama kamu. Oleh itu, apabila kamu mati, mereka berkata tentang kamu, "Di manakah mayat?" Mereka tidak lagi memanggil kamu dengan namamu.
Tiada guna lagi kesedaran dan penyesalan pada hari itu.. Jika nak menyesal, menyesallah sekarang ketika masih hidup, ketika masih sihat. Namun perlu diingat kesempatan untuk bertaubat akan tamat apabila nyawa telah sampai ke halkum. Maka pada masa itu penyesalan sudah tiada gunanya lagi.
Sehubungan itu, kita perlu sentiasa bermuhasabah ke arah mana waktu dihabiskan ketika hidup di dunia ini. Tidak cukup hanya menunaikan solat lima waktu semata-mata kerana ibadat perlu sentiasa ada peningkatan.
Oleh itu perbanyakkan solat sunat, berbuat baik kepada ibu bapa, memperbanyakkan bacaan al-Quran, bertutur perkara baik, membantu orang susah, memperbanyakkan zikir dan lain-lain.
Sama2 kita muhasabah diri agar dapat menjadi hamba yg mendapat menjalani ketaatan kepada Ya Rabb Pencipta kita dengan penoh keikhlasan.
Semoga solat dan semua amal ibadah kita diterima Allah SWT…. Aamiin😪
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.