Sembahyang fardhu lima waktu adalah merupakan salah satu
daripada rukun Islam yang lima. Orang yang meninggalkan sembahyang maka telah
robohlah satu daripada rukun Islam
daripada dirinya. Sembahyang fardhu itu sebaik-baiknya hendaklah dikerjakan
dengan berjamaah. Bagi mereka yang mengerjakan sembahyang fardhu dengan
berjamaah mendapat kelebihan yang amat besar.
Di antara kelebihan-kelebihan mengerjakan sembahyang fardhu dengan berjamaah ialah:
Pertama.
Sesiapa yang dapat bersama imam pada takbir pertama selama 40 hari dia terlepas daripada api neraka dan dari menjadi orang munafik.
Sabda Rasulullah s.a.w:
مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِى جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ
التَّكْبِيرَةَ الأُولَى كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنَ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ
مِنَ النِّفَاقِ. قَالَ أَبُو عِيسـَى وَقَدْ رُوِىَ هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ أَنَسٍ
مَوْقُوفًا وَلاَ أَعْلَمُ أَحَدًا رَفَعَهُ إِلاَّ مَا رَوَى سَلْمُ بْنُ قُتَيْبَةَ
عَنْ طُعْمَةَ بْنِ عَمْرٍو عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِى ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ. (سنن الترمذى،
الصلاة)
Bermaksud:
Sesiapa yang sembahyang kerana Allah selama 40
hari dengan berjemaah dan mendapat takbir yang pertama. Ditulis bagi orang itu
dua pelepasan, pelepasan daripada neraka, dan pelepasan daripada menjadi orang
munafik.
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa orang
yang dapat berjemaah bersama-sama imam dari takbir pertama hingga akhir
sembahyang selama 40 hari dilakukan semata-mata kerana Allah dia terselamat
daripada dua perkara iaitu terselamat daripada neraka dan terselamat daripada
menjadi munafik. Dengan itu marilah kita berusaha untuk mendapatkan kelebihan
ini.
Kedua.
Banyak langkah
menuju ke masjid untuk berjama`ah menghapuskan dosa dan meninggikan darjat.
Sabda Rasulullah s.a.w:
أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا
وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ. قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ «إِسْبَاغُ
الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَانْتِظَارُ
الصَّلاَةِ بَعْدَ الصَّلاَةِ فَذَلِكُمُ الرِّبَاط». (صحيح مسلم، الطهارة)
Bermaksud:
Tidakkah aku tunjukkan kamu sesuatu yang Allah
menghapuskan dosa dan mengangkat darjat? Para sahabat menjawab, “Ya, wahai
Rasulullah”, sabda Baginda: “Banyak langkah ke masjid dan menunggu satu sembahyang selepas satu
sembahyang. Itu adalah ikatan”.
Hadis ini menunjukkan kepada kelebihan banyak langkah ke
masjid dan kelebihan menunggu satu sembahyang setelah menunaikan satu
sembahyang, dan sekali gus menunjukkan kelebihan sembahyang berjemaah. Dalam
nas yang lain Baginda menegah sahabat yang hendak berpindah ketempat yang
berhampiran dengan masjid dengan meninggalkan tempat kediaman yang lama.
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ خَلَتِ الْبِقَاعُ حَوْلَ
الْمَسْجِدِ فَأَرَادَ بَنُو سَلِمَةَ أَنْ يَنْتَقِلُوا إِلَى قُرْبِ الْمَسْجِدِ
فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَقَالَ لَهُمْ «إِنَّهُ بَلَغَنِى
أَنَّكُمْ تُرِيدُونَ أَنْ تَنْتَقِلُوا قُرْبَ الْمَسْجِدِ». قَالُوا نَعَمْ يَا رَسُولَ
اللَّهِ قَدْ أَرَدْنَا ذَلِكَ. فَقَالَ «يَا بَنِى سَلِمَةَ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ
آثَارُكُمْ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ». (صحيح البخارى، المساجد)
Bermaksud:
Daripada Jabir bin Abd Allah katanya: Kawasan di
sekeliling masjid telah lapang, oleh itu Banu Salamah hendak berpindah ke
kawasan yang berhampiran dengan masjid, maka perkara ini sampai kepada
Rasulullah s.a.w. maka sabdanya: Bahawasanya sampai kepadaku berita bahawa kamu
hendak berpindah ke kawasan yang hampir masjid. Mereka menjawab, “Ya, wahai
Rasulullah, kami hendak demikian”. Jawab Baginda:“Wahai Bani Salamah! Rumah kamu,
(jangan pindah) kesan-kesan tapak kaki kamu (ke masjid) ditulis, rumah kamu
(jangan pindah), kesan-kesan tapak kaki kamu ke masjid ditulis”.
Hadis ini menunjukkan kelebihan pergi ke masjid untuk
sembahyang berjemaah, di mana setiap langkah adalah mendapat pahala dari Allah
s.w.t.
Ketiga.
Orang yang keluar dari rumahnya untuk menunaikan sembahyang
berjamaah mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakan haji.
Sabda rasulullah s.a.w:
مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ
مُتَطَهِّرًا إِلَى صَلاَةٍ مَكْتُوبَةٍ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْحَاجِّ الْمُحْرِمِ
وَمَنْ خَرَجَ إِلَى تَسْبِيحِ الضُّحَى لاَ يُنْصِبُهُ إِلاَّ إِيَّاهُ فَأَجْرُهُ
كَأَجْرِ الْمُعْتَمِرِ وَصَلاَةٌ عَلَى أَثَرِ صَلاَةٍ لاَ لَغْوَ بَيْنَهُمَا كِتَابٌ
فِى عِلِّيِّينَ. (سنن أبى داود، الصلاة)
Bermaksud:
Siapa yang keluar dari rumahnya dengan keadaan
bersuci menuju kepada sembahyang fardhu maka pahalanya seperti pahala orang
haji yang berihram dan sesiapa yang keluar hanya semata-mata untuk tasbih
al-Duha maka pahalanya seperti pahala orang yang mengerjakan umrah. Satu
sembahyang selepas satu sembahyang, tiada melakukan perkara sia-sia di antara
kedua-duanya ditulis pada kalangan orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi.
Keempat.
Orang yang sembahyang berjamaah Allah ampunkan dosanya.
Sabda Rasulullah s.a.w.
مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلاَةِ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ مَشَى
إِلَى الصَّلاَةِ الْمَكْتُوبَةِ فَصَلاَّهَا مَعَ النَّاسِ أَوْ مَع
الْجَمَاعَةِ أَوْ فِى الْمَسْجِدِ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ.
)صحيح مسلم، الطهارة)
Bermaksud:
Sesiapa yang berwuduk untuk mengerjakan
sembahyang lalu dia berwuduk dengan sempurna kemudian dia pergi ke masjid untuk
sembahyang fardhu kemudian dia pun bersembahyang berserta dengan orang ramai,
atau berjemaah atau dalam masjid maka Allah mengampunkan untuknya dosa-dosanya.
Maksud dosa-dosa di sini adalah dosa kecil kerana dosa
besar memerlukan kepada taubat atau keampunan dari Allah.
Kelima.
Orang yang sentiasa sembahyang berjamaah di masjid mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. pada Hari Kiamat.
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ
ظِلُّهُ الإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ
مُعَلَّقٌ فِى الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِى اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ
وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ
إِنِّى أَخَافُ اللَّهَ. وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ
مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ. (صحيح
لبخاري، الأذان)
Bermaksud:
Tujuh golongan manusia yang mendapat
perlindungan dari Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali dari-Nya,
iaitu imam yang adil, pemuda yang hidup di dalam beribadah kepada Allah, seorang
yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid, dua orang yang berkasih
sayang kerana Allah, berhimpun kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya, seorang
lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan jelita
(untuk melakukan maksiat) lalu dia berkata: “Aku takutkan Allah”, seorang yang
bersedekah secara senyap-senyap sehingga tidak diketahui tangan kirinya apa
yang dibelanjakan oleh tangan kanannya dan seorang yang mengingati Allah
bersendirian sehingga berlinangan air kedua matanya.
Orang yang hatinya sentiasa teringat kepada masjid ialah
orang yang menunaikan sembahyang berjemaah setiap waktu. Apabila dia keluar
dari masjid hatinya sentiasa ingat akan datang semula ke masjid untuk
menunaikan jemaah fardhu yang berikutnya. Orang ini akan mendapat perlindungan
dari Allah di akhirat nanti di mana di waktu itu tiada perlindungan kecuali
hanya perlindungan dari-Nya sahaja. Ini merupakan kelebihan yang amat besar
kepada orang yang sentisa mengerjakan sembahyang fardhu dengan berjemaah di masjid.
Keenam.
Orang yang sembahyang berjamaah di masjid Allah sediakan
baginya hidangan di syurga setiap kali dia pergi dan balik.
Sabda Rasulullah s.a.w:
مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ وَرَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ نُزُلَهُ
مِنَ الْجَنَّةِ كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ. (صحيح البخارى، الأذان)
Bermaksud:
Sesiapa
yang pergi ke masjid dan balik (dari masjid), Allah sediakan baginya
hidangan dari syurga setiap kali dia
pergi dan balik.
Ketujuh.
Allah memberi jaminan syurga kepada orang yang pergi
sembahyang berjamaah di masjid.
ثَلاَثَةٌ كُلُّهُمْ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ رَجُلٌ
خَرَجَ غَازِيًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ حَتَّى يَتَوَفَّاهُ
فَيُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ أَوْ يَرُدَّهُ بِمَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ وَغَنِيمَةٍ وَرَجُلٌ
رَاحَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ حَتَّى يَتَوَفَّاهُ فَيُدْخِلَهُ
الْجَنَّةَ أَوْ يَرُدَّهُ بِمَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ وَغَنِيمَةٍ وَرَجُلٌ دَخَلَ بَيْتَهُ
بِسَلاَمٍ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ. (سنن أبى داود، الجهاد)
Bermaksud:
Tiga golongan semuanya dijamin oleh Allah,
seorang yang keluar berperang pada jalan Allah maka Allah jamin sehingga Allah
mematikannya lalu dia masuk syurga atau dia kembali dengan memperolehi pahala
dan harta rampasan perang. Seorang yang pergi ke masjid maka Allah jamin hingga
Allah mematikannya lalu dimasukkan ke dalam syurga atau Allah mengembalikannya
dengan mendapat pahala dan ghanimah dan
seorang yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam maka Allah jamin ke atasnya.
Di antara apa yang terkandung dalam hadith di atas ialah
jaminan daripada Allah s.w.t bahawa orang yang pergi ke masjid untuk sembahyang
berjamaah dia dimasukkan ke dalam syurga-Nya.
Kelapan.
Orang yang pergi ke masjid di waktu yang gelap dia mendapat cahaya yang sepenuhnya
pada Hari kiamat.
Sabdanya Rasulullah s.a.w:
لِيَبْشَرِ الْمَشَّاءُونَ فِى الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِنُورٍ
تَامٍّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (سنن ابن ماجه، المساجد والجماعات)
Bermaksud:
Hendaklah bergembira orang-orang yang berjalan
kaki dalam gelap menuju ke masjid mereka akan mendapat cahaya cukup sempurna
pada Hari Kiamat.
Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. menerangkan kelebihan
orang yang berjalan kaki di waktu gelap menuju ke masjid. Mereka ini akan
mendapat cahaya yang amat terang pada hari Kiamat.
Kesembilan
Allah amat gembira kepada orang yang bersedia hendak pergi
ke masjid menunaikan sembahyang dan zikir.
مَا تَوَطَّنَ رَجُلٌ مُسْلِمٌ الْمَسَاجِدَ لِلصَّلاَةِ وَالذِّكْرِ
إِلاَّ تَبَشْبَشَ اللَّهُ لَهُ كَمَا يَتَبَشْبَشُ أَهْلُ الْغَائِبِ بِغَائِبِهِمْ
إِذَا قَدِمَ عَلَيْهِمْ. (سنن ابن ماجه، المساجد والجماعات)
Bermaksud:
Seseorang lelaki muslim yang bersedia ke masjid
untuk bersembahyang dan berzikir, Allah gembira kepadanya sebagaimana keluarga
orang yang pergi, gembira apabila orang yang pergi itu balik kepada mereka.
Hadis ini menunjukkan bahawa Allah amat gembira kepada
orang yang pergi ke masjid.
Kesepuluh.
Orang yang sembahyang Subuh berjamaah seolah-olahnya dia
sembahyang sunat seluruh malam dan orang yang sembahyang Isyak berjamaah
seolah-olahnya dia menghidupkan separuh malam.
Sabda Rasulullah s.a.w.
مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ
اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
صحيح مسلم)
Bermaksud:
Sesiapa yang sembahyang Isyak pada satu jamaah
seolah-olahnya dia sembahyang separuh
malam, dan sesiapa yang sembahyang Subuh pada satu jamaah seolah-olahnya dia
sembahyang seluruh malam.
Kesebelas.
Pergi masjid awal dan mendapat saf pertama adalah mempunyai
kelebihan yang amat besar.
Sabda Rasulullah s.a.w:
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِى النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأَوَّلِ،
ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلاَّ أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاَسْتَهَمُوا، وَلَوْ يَعْلَمُونَ
مَا فِى التَّهْجِيرِ لاَسْتَبَقُوا إِلَيْهِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِى الْعَتَمَةِ
وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا. (صحيح البخارى، الأذان)
Bermaksud:
Kalaulah manusia mengetahui apa yang terdapat
dalam seruan azan dan saf yang pertama, kemudian mereka tidak mendapatinya
kecuali dengan cara undian nescaya mereka akan melakukannya. Kalau manusia
mengetahui kelebihan pergi awal untuk menunaikan sembahyang nescaya mereka akan
bersegera, dan sekiranya manusia mengetahui apa yang ada pada sembahyang isyak
dan subuh berjemaah nescaya mereka akan menghadirinya walau dengan mengisut.
Di antara kandungan nas di atas adalah menunjukkan kepada
kelebihan yang ada pada azan, saf pertama dan datang awal ke masjid.
Kedua belas
Jamaah sembahyang fardu yang lebih ramai adalah yang lebih
disukai Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w:
عَنْ أُبَىِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ
- صلى الله عليه وسلم - يَوْمًا الصُّبْحَ فَقَالَ «أَشَاهِدٌ فُلاَنٌ». قَالُوا لاَ.
قَالَ «أَشَاهِدٌ فُلاَنٌ». قَالُوا لاَ. قَالَ «إِنَّ هَاتَيْنِ الصَّلاَتَيْنِ أَثْقَلُ
الصَّلَوَاتِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ وَلَوْ تَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لأَتَيْتُمُوهُمَا
وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الرُّكَبِ وَإِنَّ الصَّفَّ الأَوَّلَ عَلَى مِثْلِ صَفِّ الْمَلاَئِكَةِ
وَلَوْ عَلِمْتُمْ مَا فَضِيلَتُهُ لاَبْتَدَرْتُمُوهُ وَإِنَّ صَلاَةَ الرَّجُلِ مَعَ
الرَّجُلِ أَزْكَى مِنْ صَلاَتِهِ وَحْدَهُ وَصَلاَتُهُ مَعَ الرَّجُلَيْنِ أَزْكَى
مِنْ صَلاَتِهِ مَعَ الرَّجُلِ وَمَا كَثُرَ فَهُوَ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى».
(سنن أبى داود، الصلاة)
Bermaksud:
Daripada Aubay bin Ka`b katanya: Pada suatu hari
Rasulullah s.a.w. bersembahyang Subuh bersama-sama kita, lalu sabdanya: Adakah
si pulan hadir? Para sahabat menjawab tidak. Tanya Baginda lagi, Adakah si
pulan hadir? Para sahabat menjawab tidak. Sabda Baginda: Bahawasanya dua
sembahyang ini adalah sembahyang yang paling berat ke atas orang munafikin.
Jikalau kamu mengetahui apa yang ada pada kedua-duaya nescaya kamu akan datang
menunaikan kedua-duanya walau dengan mengisut. Bahawasanya saf yang pertama
adalah menyerupai saf malaikat, dan jikalau kamu mengetahui apa kelebihannya
nescaya kamu bersegera kepadanya. Dan bahawasanya sembahyang seorang bersama
dengan seorang lain lebih baik dari sembahyangnya seorang diri, dan
bersembahyangnya bersama dengan dua orang lain lebih baik dari bersembahyang
dengan seorang lelaki, dan yang banyak maka lebih disukai oleh Allah s.w.t.
Di antara apa yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam
hadith di atas ialah Allah lebih suka kepada jamaah sembahyang yang lebih ramai.
Ketiga belas
Orang yang menunggu di tempat sembahyangnya bagi menunaikan
sembahyang berjamaah adalah dikira sebagai mengerjakan sembahyang.
Sabda Rasulullah s.a.w:
لاَ يَزَالُ الْعَبْدُ
فِى صَلاَةٍ مَا كَانَ فِى مُصَلاَّهُ يَنْتَظِرُ الصَّلاَةَ وَتَقُولُ الْمَلاَئِكَةُ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ. حَتَّى يَنْصَرِفَ أَوْ يُحْدِثَ
». قُلْتُ مَا يُحْدِثُ قَالَ يَفْسُو أَوْ يَضْرِطُ. (صحيح مسلم، المساجد )
Bermaksud:
Seseorang hamba Allah itu dikira dalam
sembahyang selama dia berada di tempat sembahyangnya kerana menunggu
sembahyang, dan berkata Malaikat: “Ya Allah, ampuni dosanya dan rahmatilah dia
sehingga dia beredar atau dia berhadas”.
Hadith di atas menunjukkan bahawa seseorang yang duduk di
tempat sembahyangnya bagi menunggu sembahyang fardhu dia dikira mengerjakan
sembahyang, di samping para malaikat berdoa untuknya.
Apabila telah jelas bagi kita kelebihan sembahyang berjamaah yang begitu besar maka janganlah kita lengah-lengah lagi dari menunaikan sembahyang berjamaah di masjid atau di surau, iaitu tempat yang dibangunkan untuk beribadah kepada Allah, dilaungkan azan bagi sembahyang fardu lima waktu dan seterusnya didirikan sembahyang fardu lima waktu padanya.
وبالله التوفيق والهداية
وصلى الله على سيدنا محمد
وعلى آله وصحبه أجمعين
والحمد لله رب العالمين
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.