disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 17 Julai 2024

"SIFAT MUHSIN"

  

Ramai orang belajar sifat muhsinin tapi lepas 10 tahun tak nampak sifat muhsinin dalam dirinya. 

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: 

ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡكَٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

 

"Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;"

(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 134)

 

Dihujung ayat ini Allah kata,  وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ  Allah cinta kepada orang yang muhsinin. 

Ya Allah, kita nak cinta suami, kita nak cinta bos kita, kita nak cinta anak, tapi ramai yang tak usaha nak dapat cinta Allah. 

Macam mana nak dapat cinta Allah? 

Cara nak dapat cinta Allah ialah cinta kepada apa yang Allah cinta. 


Apa sifat muhsinin yang Allah cinta dalam ayat ini? 

Pertama,   ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ  orang yang suka infak ketika senang dan ketika susah. 

Kenapa Allah sebut dua? Sebab ramai orang dia hanya infak ketika senang. Orang macam ni dia belum muhsinin. Bila susah dia tak bagi. 

"Ustaz, saya pun susah, nak bagi apa?" 

Bagi sekadar yang kamu susah itu lah. Kalau ada seringgit, bagi 50 sen seorang. Kalau ada kurma sebiji Nabi kata, bagi separuh. Tapi, kalau ada sekotak jangan lah bagi separuh. 

Tengok sifat muhsinin, Allah tak sebut solat. Antara infak dan solat mana lebih susah? 

Lebih susah infak. Kenapa? 

Sebab harta adalah antara benda yang manusia paling sayang. Adapun solat tak ada kena keluar apa-apa. 

Kalau kita diberi pilihan antara solat malam dan infak RM 5,000, kita pilih yang mana? 

Solat malam kan?.

Infak ketika senang dan susah, memang dah susah. Lagi susah apa dia? 

Sifat kedua,  وَٱلۡكَٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ  tahan marah. 

Mana lebih susah, infak ketika senang dan susah dan tahan marah? 

Contoh, kita infak RM 100. Lepas tu orang yang dapat duit tu kata; 

"RM 100 je? Mana cukup! Saya dah sebulan tak makan. Ada pulak bagi RM 100. Naik kereta Merc!" 

Jadi, mana lebih susah, nak bagi RM 100 atau tahan marah? 

Tahan marah lagi susah. 

Jadi, Allah sebut yang seterusnya lagi susah iaitu tahan marah. 

Tapi tahan marah ni sifat muhsinin. Kalau kita nak cinta Allah, yang pertama jangan kedekut. Kalau jadi haji bakhil jangan harap nak dapat cinta Allah. 


Yang kedua, kalau jenis suka marah-marah, tak boleh nak kawal marah, jangan harap nak cinta Allah. Jadi, kena tahan marah. 

Lagi susah apa dia? 


Yang ketiga, وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ  suka memaafkan orang. 

Kadang-kadang dia boleh tahan marah tapi dia tak boleh memaafkan. 

Jadi, lagi tinggi, lagi sukar. 

Apa sahaja kejahatan yang orang buat kat dia, dia senang nak maafkan. 

Orang tak bayar hutang dia RM 10,000 pun sebab tak mampu, dia halalkan. 

Orang maki hamun dia, pecahkan kereta dia, dia maafkan. 

Kenapa muhsinin mudah maafkan orang? 

Sebab dia nak cinta Allah. 


Subhanallah, nilai cinta Allah terlalu besar! Kenapa aku bodoh nak lepas marah sampai terlepas cinta Allah?! 

Jadi, bila dia nampak besarnya ganjaran iaitu cinta Allah, cukup mudah baginya untuk kawal marah dan maafkan orang. 

Tapi kalau kita tak nampak ganjaran, kadang-kadang benda kecil pun boleh jadi besar. Tiga hari tiga malam tak bercakap dengan suami..

Pernah dengar kisah kisah Abu Bakar رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ? 

Allah rakam kisah Abu Bakar رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ. 

Abu Bakar رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ ada bela seorang ahli keluarga atau kerabat, namanya Masthoh. 

Kemudian, anak Abu Bakar رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ difitnah berzina dengan sahabat iaitu Sofwan bin Muatthol رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ. 

Jadi, kerabat Abu Bakar رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ yang beliau bela daripada kecil, bagi makan, bagi pendidikan sampai besar, tiba-tiba dia percaya Aisyah رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْها dituduh berzina. 

Jadi, Abu Bakar رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ terasa. Kalau kita duduk tempat Abu Bakar رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ pun kita akan terasa. 

Kita bela anak saudara kita sampai besar, tiba-tiba dia tuduh anak kita berzina tanpa bukti. Sakit hati tak? 

Kemudian, Abu Bakar رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ bersumpah, 

"Wallahi, aku akan putuskan bantuan kepadanya." 

Betul tak tindakan Abu Bakar رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ? 

Betul lah sebab itu hak dia. 

Kalau kita mungkin tiga kali sumpah berbanding Abu Bakar رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ. 

Antara Masthoh yang menuduh Aisyah رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْها berzina tanpa bukti dan Abu Bakar رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ yang tarik bantuan kepada Masthoh, siapa yang buat salah? 

Masthoh. Abu Bakar رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ tak buat salah. 

Tapi, turun ayat Al-Quran yang tegur Abu Bakar رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ. 

"Kamu tak nak ke Aku maafkan kamu, kalau kamu maafkan dia?" 

Bila Abu Bakar رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ dengar keampunan Allah, cinta Allah, terus beliau boleh padam rasa marah dan rasa geram pada Masthoh. Masa tu juga dia bersumpah, 

"Wallahi, sekarang juga aku sambung balik bantuan." 

Sebab apa? 

Sebab dia nampak ganjaran. 

Jadi, semua yang simpan dendam tujuh hari tujuh malam, tujuh tahun, sebab apa? Sebab dia tak nampak ganjaran. 

Kalau dia nampak (ganjaran), senang je dia maafkan orang. 

Kadang-kadang kita belajar bertahun-tahun, tapi bila orang buat satu kesilapan je, 10 tahun kita tak boleh maafkan. 

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: 

وَلَا يَأۡتَلِ أُوْلُواْ ٱلۡفَضۡلِ مِنكُمۡ وَٱلسَّعَةِ أَن يُؤۡتُوٓاْ أُوْلِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينَ وَٱلۡمُهَٰجِرِينَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ۖ وَلۡيَعۡفُواْ وَلۡيَصۡفَحُوٓاْ ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡ ۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٌ

 

"Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

(QS. An-Nur 24: Ayat 22)

 

Allah kata, وَلۡيَعۡفُواْ وَلۡيَصۡفَحُوٓاْ maafkan dan lupakan terus. Jangan amalkan kata-kata orang Melayu, 

"Saya boleh maafkan tapi tak boleh lupa." 

"Kalau saya tengok muka awak, luka lama berdarah kembali.".

Kemudian, Allah dorong Abu Bakar رَضِيَ ٱللَّهُ عَنْهُ;

 

أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡ ۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٌ

 Allah kata, 

"Eh Abu Bakar, kamu tak suka ke kalau Allah ampunkan dosa kamu dengan Allah maafkan? Kamu tak suka ke? Apa faedah kamu simpan dendam, tak maafkan orang dan tak dapat keampunan Allah!"

 

Inilah kaedah tadabbur! 

Lepas ni siapa yang suka marah, suka berdendam, susah nak maafkan orang, lepas tadabbur, berubahlah..

Kesimpulannya, kalau kita nak cinta Allah, usahakan sifat-sifat ini supaya ada dalam diri kita. Antaranya: 

  1. Solat malam,
  2. Istighfar di waktu sahur,
  3. Infak ketika senang dan susah,
  4. Tahan marah,
  5. Maafkan orang.

 InsyaAllah.

 

#UstazAbdMueinAbdRahman

#TadabburAlQuran

#GhulamAlDakwah

#MelahirkanDuatMenyebarkanIslam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.