disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Ahad, 29 September 2024

Makbulkan Doa Kami.. Ya Allah 🤲

                   بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم

ٍ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

 

Ya Allah, 

Ampunkanlah dosa dosa kami, samada yang kami sedari atau tidak, berkatilah kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.

 

Ya Allah, 

Berilah kami taufik dan hidayah Mu. Ya Allah mudahkan segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia.

 

Ya Allah, 

Sedarkan kami bahawa janji-janji Mu itu adalah benar, justru itu tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu Ya Allah

 

Ya Allah,

Jadikanlah kubur kami sebagai satu taman dari taman2 syurga Mu dan janganlah ianya sebagai satu lubang dari lubang2 api neraka Mu.

 

Ya Allah,

Kami berdoa Ya Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, moga segala urusan kami dipermudahkan.

 

Ya Allah, 

Kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit dan jauhkan kami dari segala Musibah

 

Ya Allah, 

Terimalah semua amal ibadah kami dan mudah²an ia dapat menerangi kubur kami.

 

Ya Allah, 

Berilah kami kekuatan untuk memperbanyakkan ibadah kami supaya tempat berihat kami nanti tidak sempit,.

 

Ya Allah, 

Berilah kami keinginan untuk sentiasa mendampingi dan membaca Al-Quraan Mu supaya tempat persemadian kami tidak menjadi tempat yang paling sepi.

 

Ya Allah, 

Perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami, amalan kami semoga kami bebas dari seksa kubur.

 

Ya Allah Yang Maha Hidup, yang Berdiri Sendiri, Pencipta langit dan bumi, Tuhan Yang Maha Besar dan Maha Mulia, Ya Allah tiada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, kami memohon kepadaMu semoga Engkau lindungilah hati kami dengan Nur hidayah Mu.

 

Ya Allah, 

Kami berlindung dengan Engkau dari kejahatan dari kami dan kejahatan syaitan yang menipu dan kejahatan orang mungkar lagi kejam.

 

Ya Allah, 

Sesungguhnya kami memohon kebajikan dan keselamatan didunia dan diakhirat.

 

Ya Allah, 

Tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut.

 

Ya Allah, 

Peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa dipadang mashyar.

 

َYa Allah, 

Kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga FirdausMu Ya Allah. َ

 

Ya Allah Ya Ghaffar, 

Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa dan mertua kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

 

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

 

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.

 

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

 

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

 

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

 

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.