doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 18 Mei 2011

BINAAN KAABAH



Keluasan dan kedudukan Kaabah

Kaabah :  Dikenali juga dengan nama Baitullahil Haram iaitu sebuah binaan batu yang tertua sekali di dunia yang dibina untuk tujuan ibadat. Kaabah adalah Kiblat bagi umat Islam menunaikan ibadah terutama ibadah solat. Tidak sah solat jika tidak menghadapkan wajah ke arah Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam. Bentuk dan pembinaan Kaabah sungguh istimewa. Tingginya 15 meter/49.22 kaki. Bentuknya hampir-hampir 4 persegi, mempunyai 4 penjuru:


1. Penjuru Hajarul Aswad yang menghala ketimur, kedudukan Hajarul Aswad dari lantai lebihkurang 1.5 meter.


2. Penjuru Iraqi, menghala ke Pihak negeri Iraq. Jaraknya dari penjuru Hajarul Aswad lebih kurang 12 meter/39.37 kaki. Di sinilah terletaknya pintu Kaabah dan Multazam.


3. Penjuru Syami, menghala ke negeri Syam, jaraknya dari penjuru iraqi lebih kurang 11 meter/36.1 kaki dan di sinilah terletaknya Hijir Ismail. Hijir Ismail adalah sebahagian dari Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. Maka tidak sah tawaf melalui sebelah dalam Hijir Ismail kerana ia sebahagian dari Kaabah.


4. Penjuru Yamani, iaitu penjuru yang menghala ke negeri Yaman. Jaraknya dari Penjuru Syami lebih kurang 12 meter/41.02 kaki, dan Jaraknya ke Penjuru Hajarul Aswad 10.25 meter/33.63 kaki.






                                   Keterangan mengikut susunan nombor :


                                   1. Hajarul Aswad

                                   2. Pintu Kaabah

                                   3. Mizab atau Pancuran Emas

                                   4. Syazarwan (konkrit kaki kaabah)

                                   5. Hijir Ismail (Hateem)

                                   6. Multazam (tempat yang mustajab dalam berdoa)

                                   7. Maqam Ibrahim

                                   8. Penjuru Hajarul Aswad (Hajar Aswad Corner)

                                   9. Penjuru Yamani (Rukn Yamani)

                                  10. Penjuru Syami (Rukn Syaami)

                                  11. Penjuru Iraqi

                                  12. Kiswah Kaabah

                                  13. Garis Mula Tawaf












Pintu Kaabah
Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah.

 Firman Allah surah An-Nisaa’:58)



 “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan