disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 18 September 2013

Dr Abdul Basit: Fenomena Facebook Fitnah di akhir zaman

Fenomena Facebook semakin berleluasa di zaman kini sehinggakan anak yang baru bersekolah rendah sudah mempunyai akaun malah datuk dan nenek yang sudah ada berpuluh orang cucu pun tidak mahu ketinggalan.

Kepada mereka yang menjadikan facebook sebagai tempat mencari kawan-kawan lama, menjadikan facebook sebagai perantaraan dengan ustaz dan usyazah mengenai kemaslahatan agama, menjadikan facebook sebagai media berurusan dengan staf yang pelbagai lokasi mengenai urusan pekerjaan dan seumpamanya. Hukumnya adalah harus kerana aktiviti ini tidak bercanggah dengan Amal makruf dalam Islam.


Jika facebook dijadikan sebagai tempat untuk mencari kesilapan orang, mengutuk orang, menghina orang, menyebarkan perkara yang dilarang oleh Islam, menyebarkan fitnah, lara sehingga lupa solat dan sebagainya, maka ini menjadi haram, kerana Islam melarang umatnya melakukan perkara yang sia-sia dan perkara sia-sia itu adalah sifat syaitan dan mazmumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.