disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 8 Disember 2023

Bacaan Al-Quran Al-Karim Lengkap oleh USTAZ KHAIRUL ANUAR BASRI AL-HAFIZ.



KHAIRUL ANUAR BASRI AL-HAFIZ atau nama penuhnya Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri dilahirkan pada tanggal 19 Januari 1978 di Kota Bharu, Kelantan. Anak kedua daripada 8 beradik ini mendapat pendidikan awal di SK Pusat Jerteh, Besut, Terengganu sebelum menyambung pengajian ke SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu, Terengganu.

Bapa beliau, Mohamed Basri bin Yunus adalah seorang peniaga yang berasal dari Ipoh, Perak. Manakala ibu beliau, Nik Hamidah binti Ibrahim, berasal dari Pasir Putih, Kelantan adalah seorang suri rumah tangga.

Setelah menamatkan pengajian peringkat menengah, beliau menyambung pengajiannya ke Darul Quran, JAKIM. Beliau menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran dan dianugerahkan Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat.

Sejurus selepas itu, beliau diterima masuk ke Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana Muda dan Sarjana. Dalam masa 5 tahun, beliau berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Ijazah Sarjana Perbandingan Undang-Undang.

Beliau juga aktif dalam bidang kepenasihatan Syariah. Ini kerana beliau adalah Penasihat Syariah yang disahkan oleh Persatuan Penasihat Syariah bagi Kewangan Islam Malaysia (ASAS). Kini beliau adalah Ahli Majlis Penasihat Syariah, Sumitomo Mitsui Banking Corporation (Malaysia) Berhad. Pada waktu yang sama, beliau adalah Penasihat Syariah Elhajj Products Sdn. Bhd. dan Orpheus Capital Sdn. Bhd.

Beliau juga pernah menjawat jawatan: 
  • Ketua Pegawai Eksekutif, Koperasi Muslimin (Malaysia) Berhad, 
  • Timbalan Presiden Pematuhan Syariah, BNP Paribas (Malaysia) Berhad, 
  • Pengurus Kanan Syariah, CIMB Islamik (Malaysia) Berhad, 
  • Ketua Syariah, HSBC Amanah (Malaysia) Berhad 
  • Penolong Pengurus Syariah, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad. 

Beliau pernah merakamkan bacaan Al-Quran 30 Juzuk dan diiktiraf oleh Lujnah Pentashih Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri. Ia masih kekal sehingga ke hari ini sebagai yang pertama dan satu-satunya di dunia bacaan qari dari Malaysia. 

Penglibatan beliau selama 8 tahun sebagai Million Dollar Master Dealer di salah sebuah syarikat emas terkemuka di Malaysia sejak tahun 2013, menjadikan beliau teramat mahir dengan dunia perniagaan emas. 

Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, KAB Goldynamics Sdn. Bhd. Beliau juga adalah pemilik Kumpulan Syarikat KAB iaitu KAB Media, KAB Foods and Beverages, Pertubuhan KAB dah Koperasi KAB. 

Sehingga hari ini, beliau telah menghasilkan 5 buah buku iaitu: 

  1. Travelog Huffaz: Mengapa Aku Menghafaz Al- Quran (2017) 
  2. Kaya Dengan Emas (2019)
  3. Emas dan Syariah: Ilmu Tersurat dan Tersirat (2019)
  4. Umrah Mudah Sungguh (2019)
  5. Buat Duit Dengan ConsuMerchant: Rahsia Kaya Tanpa Modal (2019).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.