disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Khamis, 7 Disember 2023

Panduan Solat

  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

Setiap kali ingin menunaikan solat, kita wajib untuk berwuduk kerana ia membersihkan anggota wajib untuk menghilangkan hadas kecil. Seseorang yang berwuduk dengan sempurna kemudian pergi ke masjid semata-mata untuk mengerjakan solat berjamaah, maka setiap satu langkah, akan diangkat baginya satu darjat, dan langkah seterusnya dihapus darinya satu dosa. (Pastikan kita berwuduk di rumah terlebih dahulu sebelum ke masjid).


Syarat Wajib Solat

  1. Islam
  2. Suci daripada hadas kecil & besar
  3. Berakal
  4. Baligh
  5. Berada dalam keadaan sedar (tidak tidur)

 

Syarat Sah Solat

1. Toharah (suci)

  • Suci badan daripada sebarang hadas
  • Suci badan daripada najis
  • Suci pakaian daripadanajis
  • Suci tempat solat daripada najis

2. Masuk waktu solat

3. Menutup aurat

4. Mengadap kiblat

 

Rukun Solat

(Mengikut Mazhab Syafii) 

  1. Niat (Rukun Qalbi)
  2. Berdiri bagi orang yang mampu (Rukun Fi'li)
  3. Takbiratul Ihram (Rukun Qauli)
  4. Membaca Al-Fatihah (Rukun Qauli)
  5. Ruku' serta toma'ninah (Rukun Fi'li)
  6. I'tidal serta toma'ninah (Rukun Fi'li)
  7. Sujud serta toma'ninah (Rukun Fi'li)
  8. Duduk di antara dua sujud serta toma'ninah
  9. Duduk Tahiyyat Akhir (Rukun Fi'li)
  10. Membaca Tasyahud Akhir (Rukun Qauli)
  11. Selawat ke atas Nabi selepas Tasyahud Akhir (Rukun Qauli)
  12. Memberi salam yang pertama (Rukun Qauli)
  13. Tertib (Rukun Qalbi)

 

Toma'ninah?

Toma'ninah dalam solat adalah berhenti sejenak untuk menenangkan hati dalam rangka melakukan gerakan solat lebih lanjut: 

  1. Rukun Qauli (Bacaan)
  2. Rukun Qalbi (Niat)
  3. Rukun Fi'li (Perbuatan)

Kelima-lima rukun Qauli perlulah dilafaz di mulut dan didengari bacaanya sekurang-kurangnya oleh telinga sendiri. Tidak sah solat jika ianya hanya dibaca di dalam hati.


Penerangan Tentang Rukun Qauli:



Kredit video: Bab Rukun Solat ke Dua 
[Hadist Jibril] Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid



Berikut adalah panduan solat secara lengkap sebagaimana dalam pautan berikut:





Sumber: Bacalah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.