disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Ahad, 21 Julai 2024

Mengumpat, Gosip, Fitnah Adalah Perbuatan Tercela.

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم  


Al-Qalam ayat 11

Satu sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah suka membawa mulut, mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang. 

Ia juga disebut menabur fitnah atau 'namimah' iaitu menceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya. 

Hari ini terlalu banyak fitnah yang berlaku sehinggakan amat sukar sekali untuk kita menghadapinya. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,"Fitnah akan datang umpama kepingan kegelapan malam".

(Hadith Riwayat Muslim)

 

Kegelapan malam yang disebut bermaksud, gambaran betapa banyaknya fitnah yang menyelubungi umat Islam diakhir zaman. 

Jangan kita dari kalangan mereka yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah... 

هَمَّازٍ مَشَّاءٍ بِنَمِيمٍ 

"Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai)".

(Al-Qalam: 11)

 

Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan di kalangan keluarga dan masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup berkeluarga dan bermasyarakat. 

Setajam-tajam pedang tak mampu mematikan manusia. Akan tetapi, satu fitnah ditaburkan walaupun satu perkataan mampu membunuh sejuta manusia. 

Namun, kita biarkan ia berlalu seperti tiupan angin. Seolah-olah, fitnah itu menjadi rencah penyedap hidup kita. Tanpanya hari-hari kita kosong dan sunyi. AllahuAkbar! 

Mengumpat, gosip, fitnah perbuatan tercela...

 

عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ قَالَ إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ

 

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah  SAW pernah bertanya: "Tahukah kamu, apakah ghibah itu?" Para sahabat menjawab; Allah dan Rasul-Nya lebih tahu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Engkau menyebut tentang hal saudara kamu yang ia tidak sukai." Baginda ditanya lagi, "Bagaimana pendapatmu jika apa yang ada pada saudaraku sesuai dengan yang aku bicarakan?" Baginda menjawab: "Jika apa yang engkau katakan itu memang benar-benar ada maka engkau telah berbuat ghibah, namun jika tidak benar, maka engkau telah berbuat fitnah."

(Hadith Riwayat Muslim)

 

Penangan fitnah usahlah ditanya. Lebih teruk daripada amukan taufan dan buting beliung. Lebih dahsyat daripada letupan gunung berapi dan gempa bumi. Cinta di antara sang suami dengan isteri akan lebur gara-gara bisikan fitnah perasit rumahtangga. Tali kasih persaudaraan akan terputus dengan satu libasan fitnah. 

Hebatkah kita sehingga sanggup menggadai jasad ini untuk dijilat api neraka? Bahagiakah hati kita apabila melihat dua insan mencaci maki selepas termakan fitnahmu? 

وَلَا تَقْفُ مَا لَـيْسَ لَـكَ بِهٖ عِلْمٌ    ؕ  اِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ اُولٰۤئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُوْلًا 

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."

(Al-Isra': 36)

 

Ancaman Allah kepada mereka yang suka menyebarkan berita palsu serta fitnah... 

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ

 

"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat".

(An-Nur: 19)

 

 

15 Muharram 1446H

21 Julai 2024M

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.