Ramadhan adalah bulan yang terbaik, penghulu segala
bulan yang sama dengan hari Jumaat, penghulu segala hari.
Ia merupakan anugerah Allah kepada insan muslim agar
mengambil kesempatan daripada kedatangan Ramadhan dengan memperbanyakkan kerja
taat kepada Allah untuk memperolehi anugerah tambahan-Nya atau bonus agung-Nya
dengan menjanjikan Lailatul Qadar yang biasanya akan jatuh pada salah satu
daripada 10 malam terakhir.
Mungkin inilah yang disebut oleh junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w dalam satu hadis yang bermaksud: Alangkah hairannya, bagi orang
yang dianugerahkan umur sehingga selesai satu Ramadhan tiba-tiba ia tidak
mendapat keampunan daripada Allah SWT.
keampunan itu merupakan satu anugerah yang dijanjikan
kepada orang yang benar-benar menjadikan Ramadhan sebagai bulan ibadah khusus
kerana Allah. Di samping mengharapkan keampunan.
Nabi juga pernah sebut dalam hadis: "sesiapa yang
berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala Allah, maka
akan diampunkan segala dosa-dosanya."
Lebih khusus daripada itu, kita lihat kepada tarbiyah
yang ditarbiyah Rasulullah kepada umatnya menerusi satu hadis sahih.
Daripada Aishah r.a dengan pesannya,"wahai Aishah,
sekiranya kamu ditemukan Allah dengan malam Qadar, maka perbanyakkan doa
memohon kepada Allah yang ditentukan perkara yang hendak dicapai dalam doa itu
ialah : Ya Allah ! Kamulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mulia,
Ampunkanlah dosa saya."
Tarbiyah yang dimaksudkan itu dengan meletakkan
pengharapan yang begitu tinggi, agar kesalahan, ketelanjuran atau kesengajaan,
Allah akan terima pengampunannya pada 10 malam akhir Ramadan, akan diampunkan
dosa.
Jelas kelihatan bahawa yang amat perlu dipohon kepada
Allah ialah penghapusan dosa dan bukan kemanfatan duniawi seperti memohon
kekayaan, kemenangan menghadapi musuh, kehebatan dalam kerjaya atau apa sahaja
yang namanya hambatan dunia. Semuanya itu tidak penting berbanding dengan
keampunan dosa.
Kerana jika diamati akan ternampak kehebatan pencapaian
manusia dalam kehidupan ini bukannya kejayaan bersifat sementara.Kehebatan yang
agak sementara, akan tetapi kehebatan Allah dengan penghapusan dosa adalah
suatu impian dan pencapaian yang begitu tinggi kerana itulah maka fokus utama
setiap muslim ialah hari-hari akhir 10 malam ini.
Menjadi satu fokus ke arah meletakkan nilai diri insan
yang semata-mata untuk mendapat keredaan Allah. Sekiranya matlamat keredaan
Allah itu sudah dicapai, maka tercapailah kemuncak daripada tujuan sebenar
manusia ini diciptakan Allah yang akhirnya kepada Allah sahaja tumpuan hidup
semua makhluk bagi mendapat reda Allah.
Janji-janji Allah pada hamba-Nya
Ramadan juga merupakan bulan muhasabah untuk kita
melihat sekadar mana daya juang kita dalam menangani cabaran penghidupan
khususnya cabaran untuk menanggung dan menyempurnakan amanah Allah yang telah
dipikulkan ke atas mereka suatu tugas untuk martabatkan agama Allah melainkan
dengan usaha berterusan mengharungi suatu perjuangan menentang segala halangan
bagi meletakkan kegemilangan Islam di tengah penghidupan yang semakin mencabar.
Lebih-lebih lagi di hari-hari yang sedang kita lalui
ini. Di mana umat Islam seolah-olah dijadikan mangsa kepada kegelojohan
musuh-musuh Islam yang dari dulu mencari peluang untuk mengganyang umat Islam.
Tragedi 11 September
2001 menjadikan musuh islam menghalalkan apa sahaja tindakan keatas umat Islam ini seolah-lah mereka tidak ingin melihat Islam itu dari terus
wujud di maya pada ini.
Benarlah firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 120:
Mafhumnya:
Sepertimana krisis di Palestin. Sehingga ke hari ini, tentera-tentera Zionis laknatullah secara konsisten dan berstrategi terus-menerus menindas umat Islam di Palestin. Saban hari, pasti akan terdengar ada nyawa yang melayang atau ada rumah yang dibom atau ada orang yang dihalau daripada rumah sendiri. Tiada hari yang aman tanpa gangguang dan provokasi daripada Israel.
Benarlah firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 120:
Mafhumnya:
"Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai
Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam)
itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut
kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan
kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah
(sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu".
Sepertimana krisis di Palestin. Sehingga ke hari ini, tentera-tentera Zionis laknatullah secara konsisten dan berstrategi terus-menerus menindas umat Islam di Palestin. Saban hari, pasti akan terdengar ada nyawa yang melayang atau ada rumah yang dibom atau ada orang yang dihalau daripada rumah sendiri. Tiada hari yang aman tanpa gangguang dan provokasi daripada Israel.
Di Syria, Hizbullah (atau Hizbus Syaitan menurut Syaikh
Yusuf al-Qardhawi) telah menyatakan sokongan rasmi mereka terhadap Bashar
al-Assad laknatullah dan akan melakukan apa sahaja untuk mempertahan rejim
Firaun moden itu. Hizbullah dan Iran kini berdiri teguh di belakang rejim
Bashar, menunjukkan wajah jijik mereka yang sebenar.
Pembunuhan etnik Rohingya yang beragama Islam dan
penganiayaan terhadap mereka oleh masyarakat Buddha di Myanmar terus berlaku
setiap hari, meski ia tidak dilapor di dalam akhabar dan media.
Krisis kemanusiaan di Sudan dan Somalia makin
meruncing. Kes kebuluran, rogol, tiada pendidikan dan jenayah yang berleluasa
seperti sudah menjadi sesuatu yang normal di sana.
Terbaru, Turki, sebuah negara Islam yang selama ini
dipandang tinggi dan sering dijadikan contoh dan sebutan sebagai model negara
Islam pula mengalami krisis dalam negara. Bertitik-tolak daripada pengumuman
kerajaan untuk mengawal penjualan arak (BUKAN pengharaman) di sana, berlaku
protes kecil-kecilan yang kemudiannya bertukar menjadi besar dan ganas.
Pelbagai alasan digunakan untuk menjustifikasikan protes yang dibuat; isu alam
sekitar lah, kerajaan tidak adillah, itulah inilah... Taktik-taktik jahat untuk
menjatuhkan kerajaan pimpinan Recep Tayyib Erdogan.
Meski krisis di Turki masih lagi pada skala yang kecil,
tidak mustahil ia boleh menjadi lebih dahsyat dan mengerikan di masa hadapan.
Dan saya yakin, itulah yang dimahukan oleh musuh-musuh Islam, seperti yang
berlaku di Mesir.
Di Mesir pula berlakunya rampasan kuasa oleh pihak tentera
serta pengulingan Presiden Mohammed Mursi selepas tunjuk perasaan
besar-besaran.
Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang mengetuai rampasan kuasa berdarah tersebut pada 30 Jun 2013. Sejak rampasan kuasa sebulan yang lalu, hampir 500 kematian telah dicatatkan sementara 4000 lagi dilaporkan cedera dalam beberapa siri serangan tentera terhadap penyokong Morsi yang berhimpun bagi menyatakan bantahan
Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang mengetuai rampasan kuasa berdarah tersebut pada 30 Jun 2013. Sejak rampasan kuasa sebulan yang lalu, hampir 500 kematian telah dicatatkan sementara 4000 lagi dilaporkan cedera dalam beberapa siri serangan tentera terhadap penyokong Morsi yang berhimpun bagi menyatakan bantahan
Yakinilah wahai pejuang-pejuang islam bahawa Allah telah menjanjikan suatu 'wadah' yang akan menjadi perangsang untuk
pejuang-pejuang Islam khasnya di akhir-akhir Ramadan yang mulia.
Janji-janji seperti ini jelas diterangkan dalam
al-quran seperti dalam surah Annur ayat 55.
Mafhumnya:
Oleh itu, maka Ramadan yang bakal tinggalkan kita ini amat berguna lagi kalau diisinya dengan pengorbanan harta benda bagi membantu perjuangan sebagaimana lambang kewajipan fitrah yang diwajibkan kepada setiap individu yang hidup sepanjang Ramadhan hingga mencecah menemui awal Syawal.
Mafhumnya:
"Allah
menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu
(wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang
memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang
yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan
mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka
dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami
ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak
mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur
ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq".
Sebagai Umat Islam adalah menjadi kewajipan kita mendoakan kemenangan kepada pejuang-pejuang islam khusus di 10 akhir ramadhan ini:
Sebagai Umat Islam adalah menjadi kewajipan kita mendoakan kemenangan kepada pejuang-pejuang islam khusus di 10 akhir ramadhan ini:
Ya, Allah bantulah pejuang-pejuang agama-Mu di seluruh
dunia.
Berilah kemenangan kepada umat Islam.
Hancurkan perancangan jahat kafir laknatullah serta golongan yang menolak ISLAM.
Oleh itu, maka Ramadan yang bakal tinggalkan kita ini amat berguna lagi kalau diisinya dengan pengorbanan harta benda bagi membantu perjuangan sebagaimana lambang kewajipan fitrah yang diwajibkan kepada setiap individu yang hidup sepanjang Ramadhan hingga mencecah menemui awal Syawal.
Pun demikian keseluruhan umat Islam mengeluarkan
kewajipan fitrah mereka pada beberapa hari terakhir Ramadan. Hampir berlaku
orang yang semata-mata sengaja tidak tunggu kedatangan syawal barulah hendak
menunaikan kewajipan zakat fitrah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.