Allah swt menjadikan tempat itu penuh keistimewaan
tersendiri. Keistimewaan Masjidil Haram adalah mereka yang bersembahyang dalamnya
akan mendapat 100,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain.
Dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam.
Manakala Kelebihan Masjid Nabawi pula adalah mereka yang
bersembahyang dalamnya akan mendapat 1,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di
tempat lain. Dalamnya ada makam Nabi dan sebagai sebuah taman daripada taman
syurga.
Allah swt membuatkan hati manusia cenderung untuk
menziarahi tempat suci itu serta rindu untuk berada di sana dan tidak dapat
berpisah dengan tempat itu melainkan dengan perasaan yang teramat sedih.
Kredit: youtube
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.