بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ
ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى
مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Al-Qur’an merupakan salah satu anugerah dari Allah SWT kepada seluruh umat Islam yang tidak ternilai harganya. Selain menjadi pedoman hidup, amat banyak manfa’at dan fadhilat yang tersembunyi di dalam Al-Qur’an untuk seluruh umat manusia terutama dari segi perubatan dan pemulihan.
Memandangkan amat banyak persoalan berkaitan permasalahan
jodoh dan perhubungan yang diajukan kepada blog shafiqolbu, sama ada hubungan
di antara ibu bapa, suami isteri atau teman-teman, makanya ana ingin berkongsi
kepada antum semua dua ayat yang amat bermanfaat.
CARANYA
1. Bacalah ayat 4 dari surah Yusuf berikut:
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ
Maksudnya, “(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.”
(Surah Yusuf : 4)
2. Kemudian sambung membaca surah Taha, ayat 39:
وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي
Maksudnya, “…Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.”
(Surah Taha : 39)
Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak, ahli keluarga, teman-teman dan sahabat handai. Setiap kali bertemu dengan mereka atau siapa sahaja yang kita kehendaki, maka bacalah di dalam hati kedua ayat tersebut di hadapannya. InsyaAllah antum akan mendapat hasil yang baik dan kesan positif daripada mereka.
Sekiranya ingin disayangi dalam keluarga, rakan dan masyarakat, maka bacalah kedua-dua ayat ini sebanyak 3 kali setiap kali selepas solat. Apa yang baik itu datang daripada Allah سبحانه وتعالى dan setiap yang terjadi itu adalah atas kehendak-Nya jua.
والله أعلم بالصواب
Sumber: Shafiqolbu
Link berkaitan: Surah Taha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.