disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Ahad, 12 Februari 2023

TARIKH MULA PUASA PADA 23 MAC 2023 (1 RAMADHAN 1444H)


Jika kita lihat pada Kalendar Hijrah@Takwim Islam (Kalendar Rasmi Umat Islam), tarikh mula puasa Ramadhan 2023 M/1444H di Malaysia ialah pada 23 Mac 2023, hari Khamis bersamaan 1 Ramadhan 1444H (Hijrah). 

Kalendar Hijrah adalah kalendar Islam yang dikira berdasarkan kepada pergerakan bulan mengelilingi Matahari. Manakala Kalendar Masihi pula dikira berdasarkan kepada pergerakan bumi mengelilingi Matahari. 

Nama Hijrah merujuk kepada hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah.
Penggunaan takwim Islam ini dilaksanakan ketika zaman Saidina Umar al-Khattab. Kalendar Hijrah mengandungi 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah.



COUNTDOWN 1 RAMADHAN 1444H


Ramadhan hampir menjelma. Marilah sama-sama kita menginsafi diri kita seterusnya menjadi yang terbaik dalam kesempatan yang ada dalam menyambut Ramadhan al-Mubarak. Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa. Di dalamnya diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk buat sekalian manusia.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati, kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan di sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan, penuh kerahmatan dan penuh keampunan.

Ya Allah, hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab, tekad dan azam yang tinggi untuk terus berjaya serta dapat menjalankan tugas sebagai hamba-Mu ya Allah.

Ya Allah, kami juga memohon ampun untuk kedua-dua ibubapa kami, pasangan hidup kami, zuriat kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, guru-guru, ketua-ketua kami sama ada yang masih hidup atau yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzah. Himpunkanlah mereka ke dalam golongan orang-orang yang Engkau redhai.

Ya Allah, perbaikilah segala keadaan dan akhlak kami serta segala amal kami dalam berpuasa Ramadan. Panjangkanlah usia kami dengan keberkatan Ramadan.

Ya Allah, bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya. Sesungguhnya kami ingin kembali menemuiMu nanti dalam keadaan Husnul Khatimah.


رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

 

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah, 2:127).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.