disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Khamis, 9 Februari 2023

KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI MASJID MUKIM MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (TARIKH TUTUP: 21 FEBRUARI 2023)


*** Borang permohonan boleh didapati di Aras 2, Bahagian Pentadbiran Masjid, MAIK atau KLIK SINI untuk muat turun dan borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat sebagaimana berikut:-

ALAMAT PERMOHONAN:

Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.
(u.p: Bahagian Pentadbiran Masjid)

TARIKH TUTUP PADA ATAU SEBELUM: 21 FEBRUARI 2023 BERSAMAAN 30 REJAB 1444H

 

SYARAT-SYARAT JAWATAN PEGAWAI MASJID MUKIM 

1. IMAM TUA/IMAM MUDA

i). Syarat kelayakan:

  • Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
  • Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun mengikut kad pengenalan pada tarikh iklan dikeluarkan.
  • Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
  • Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;
  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
  • Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah
  • Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
  • Keutamaan diberi kepada pemohon yang mempunyai Sijil Tahfiz Al-Quran daripada Pusat Tahfiz Al-Quran.
  • Bagi pemohon yang berkhidmat sebagai Penjawat Awam hendaklah mendapat pelepasan daripada MAJIKAN.
*Pengecualian daripada ujian Tahriri (bertulis) akan  dikecualikan kepada pemohon- pemohon yang mempunyai kelayakan berikut:
  • Sijil IV Thanawi atau Sijil Menengah Ugama atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau mana-mana sijil agama yang setaraf dengannya.
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian dalam subjek Pendidikan Syariah Islam, Pendidikan Quran Dan Sunnah dan lulus Bahasa Arab.

ii). Taraf Jawatan: 

  • Berelaun (disambung perkhidmatan setiap 2 tahun berdasarkan laporan prestasi perkhidmatan)

iii). Elaun Bulanan:

  • RM1,850.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Katogeri “A”)
  • RM1,550.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Besar)
  • RM1,150.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Kecil - Sub Mukim)
  • RM1,350.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Katogeri “A”)
  • RM1,150.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Besar)
  • RM1,000.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Kecil - Sub Mukim)


2. BILAL 

i). Syarat kelayakan:

  • Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
  • Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
  • Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
  • Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah
  • Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
  • Pemohon jawatan Bilal tidak disyaratkan mempunyai sijil dan akan memasuki ujian safawi (lisan)

ii). Taraf Jawatan: Berelaun

iii). Elaun Bulanan:

  • RM800.00(Masjid Mukim Kategori ”A”)
  • RM700.00(Masjid Mukim Besar)
  • RM700.00(Masjid Mukim Kecil - Sub Mukim)



 

SUMBER: IKLAN PERJAWATAN MAIK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.