Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang. Dari segi syarak pula, mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada lapan golongan asnaf yang berhak menerimanya apabila telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.
Syarat Wajib Zakat Pendapatan:
- Islam.
- Merdeka.
- Sempurna Milik.
- Cukup Nisab.
- Cukup Haul.
Islam - Zakat difardhukan ke atas pemilik harta yang beragama Islam sahaja.
Merdeka - Bukan hamba dan bebas berurusan mencari rezeki yang halal.
Sempurna Milik - Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat. Pemilikan harta secara sah dan mempunyai kuasa secara mutlak dan memperolehi manfaat dari harta tersebut.
Cukup Nisab - Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas pada harga semasa (kadar minimum pemilikan sesuatu harta yang mewajibkan zakat ke atas harta itu).
Cukup Haul - Telah berlalu satu tahu ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah.
Kadar nisab Zakat Harta bagi Negeri Kelantan bagi tahun 1445H/1446H adalah sebanyak RM23,831 berdasarkan pada harga 85gram emas. Pengiraan 2.5% daripada jumlah yang dikenakan zakat hendaklah berasaskan Kalendar Hijrah.
Umat islam yang mencukupi syarat-syarat wajiblah mengeluarkan zakat hartanya samaada dari wang simpanan pendapatan, zakat emas dan perak, zakat pertanian, zakat kwsp atau zakat ternakan.
Dalam peraturan zakat, orang-orang yang layak terima zakat digelar sebagai asnaf. Terdapat lapan golongan yang termasuk dalam kategori asnaf iaitu:
- Fakir (al-fuqara’)
- Miskin (al-masakin)
- Amil (pengutip zakat)
- Mualaf (Orang yang baru memeluk Islam)
- Al-riqab (Hamba)
- Al-gharimin (Orang berhutang)
- Fisabilillah (Orang yang berjuang di jalan Allah)
- Ibn Sabil (Musafir yang berada dalam perjalanan)
Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
- Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
- Membersihkan diri pembayar zakat.
- Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
- Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
- Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
- Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
- Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
- Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
- Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
- Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
Untuk makluman semua, MAIK telah membuka Kaunter Mini Zakat MAIK di Masjid Sultan Mansor, Kampung Sireh Kota Bharu.
Kepada mereka yang layak membayar zakat boleh lah bayar zakat di Kaunter Zakat Mini MAIK di Masjid Sultan Mansor, Kampung Sireh Kota Bharu.
Antara kelebihan jika kita bayar zakat di Kaunter Mini Zakat MAIK di Masjid Sultan Mansor Kampung Sireh:
- Petugas yang mesra pelanggan.
- Tidak perlu beratur atau ambil no giliran.
- Cenderahati disediakan untuk pembayar zakat.
- Kemudahan meletak kereta dikawasan masjid
Resit bayaran zakat yang dikeluarkan oleh pejabat Masjid Sultan Mansor adalah resit zakat yang dikeluarkan oleh pihak MAIK.
Kalkulator Zakat MAIK - Untuk memudahkan kiraan zakat sebelum membuat pembayaran zakat.
Luangkan sedikit masa untuk menyemak dan mengira jumlah harta yang kita ada dan sekiranya sudah melebihi nisab dan haul maka bersegeralah untuk melaksanakan ibadah zakat kepada MAIK.
Kadar nisab Zakat Harta bagi Negeri Kelantan bagi tahun 1445H/1446H adalah sebanyak RM23,831 berdasarkan pada harga 85gram emas. Pengiraan 2.5% daripada jumlah yang dikenakan zakat hendaklah berasaskan tahun hijrah.
MAIK adalah sebagai badan tunggal yang bertanggung jawab menguruskan kutipan dan agihan zakat kepada para asnaf di negeri Kelantan.
Allah berfirman dalam Surah Adz-Dzaariyat ayat 19:
وَفِيْٓ اَمْوَالِهِمْ حَقٌّ لِّلسَّاۤىِٕلِ وَالْمَحْرُوْمِ
Yang bermaksud:
Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).
Oleh itu, bersegeralah mengeluarkan sebahagian kecil harta kita dari hak-hak orang lain supaya harta kita menjadi lebih berkat. Membayar zakat merupakan satu kewajipan yang mesti dilakukan oleh setiap individu muslim yang telah cukup syarat-syaratnya.
Kaunter Mini Zakat MAIK di Masjid Sultan Mansor dibuka pada waktu bekerja @ waktu pejabat. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:
- Imam Tua : 012-9286481
- Imam Muda : 013-9599016
- Kerani Masjid: 019-9398665
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.