disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Sabtu, 5 April 2025

Ustaz Saibon - AMALAN MUDAH KE SYURGA

Ustaz Saibon bin Ismail merupakan anak jati kelahiran Kelantan. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Ummul Qura Makkah Al-Mukarramah Arab Saudi. 

Beliau dipilih menganggotai Majlis Pakar Penasihat Wanita Kelantan di bawah Kluster Wanita Cakna, Gagasan Wanita Solehah. 

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai: 

  • Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai, 
  • Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, 
  • Penolong Pengarah Kanan Dakwah Tarbiah, 
  • Pegawai Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kelantan 
  • Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-undang Syariah.

 

Penglibatan bersama NGO dan komuniti antaranya:

  1. Pengerusi Tabung Kebajikan Anak Yatim dan Orang Miskin (35 anak yatim dan 30 keluarga miskin)
  2. Kempen mewujudkan tabungan sedekah setiap pagi di masjid dan madrasah untuk membiayai anak yatim dan orang miskin dan membina rumah ibu tunggal miskin
  3. Mursyid kelas pengajian Al-Quran secara percuma (8 kelas pengajian)
  4. Membina sebuah masjid di Pos Balar, Gua Musang (masjid pertama digunakan untuk solat Jumaat di perkampungan orang asli Kelantan)
  5. Mengusahakan membina beberapa buah masjid seperti Masjid Ar Raudhah, Lundang, Masjid Khairiah, Kg Belahat, Jeli, Masjid Umair Desa Taqwa, Tanah Merah

 

Pelbagai anugerah telah diperolehi termasuk:

  1. Tokoh Aktivis Kebajikan Kategori Cakna Armalah (2020)
  2. Anugerah Darjah Kebesaran sempena Keputeraan Sultan Muhammad V (Bentara Setia mahkota Kelantan Al-Ibrahimi IV) (2016)
  3. Anugerah Darjah Kebesaran sempena Keputeraan Sultan Ismail Petra (Setia Mahkota Kelantan Yang Amat terbilang Al-Ibrahimi V (A.S.K) (2008)
  4. Anugerah Khidmat Cemerlang (2007)

 

 

Sumber: Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan.

Kredit: Ustaz Saibon

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.