Dalam pengucapan shad, tidak boleh menggunakan kedua bibir iaitu dengan dimuncungkan mulut. Sungguh mengharukan kerana perkara tersebut tersebar di kalangan pembaca Al-Quran pada masa kini. Khususnya ketika mengucapkan shad dalam keadaan sukun, fathah, dan kasrah.
Jika ditanya kepada mereka, kenapa melakukan demikian? mereka menjawab:
1. Kerana mengeluarkan sifat shafir (bagi mereka maksudnya bersiul), wahai saudaraku, sesungguhnya pada shad, sin dan zai ada sifat shafir, bukanlah shafir itu dengan memuncungkan mulut sehingga terjadi ishmam! Tidak ada seorangpun ulama qurra' yang melakukan hal demikian!
2. Kerana shad itu isti'la (tebal) dan ithbaq (besar) bagi mereka tebal dan besar (penuh mulut) berada di bibir mulut. Kenyataan dan fahaman ini adalah salah kerana, sifat isti'la itu adalah meninggikan pangkal lidah. Manakala sifat ithbaq pula adalah meninggikan tengah lidah. Dan tidak ada satu pun pendapat ulama' qiraat yang mengatakan tebal itu berada di bibir mulut.
Menggunakan kedua bibir dalam mengucapkan shad adalah menggunakan anggota makhraj yang salah dan merupakan sesuatu perkara yang sengaja ditambahkan dan direka-reka (tidak bersandarkan ilmu).
Berkata Ibnul Jazari dalam al-Muqaddimah al-Jazariyyah ketika menerangkan huruf yang keluar dari kedua bibir mulut:
لِلشَّفَتَيْنِ: الوَاوُ بَاءٌ مِيمُ
Beliau tidak sesekali menyebutkan ''shad''. Dan shad tidak ada kaitannya dengan kedua bibir dalam masalah makhraj dan sifat.
Besarlah harapan pencinta ilmu Al-Quran, hendaknya perkara tersebut ditinggalkan dan tidak disebarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.