disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Selasa, 24 Oktober 2023

Bulan Oktober - BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA SEDUNIA.

Bulan Oktober setiap tahun adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang ramai selain mendidik dan menyokong mereka yang menghidap penyakit ini.

Kanser payudara masih menjadi pembunuh utama wanita di dunia yang dengan kemajuan teknologi boleh dirawat 100 peratus sekiranya pesakit mendapatkan rawatan pada peringkat awal. Pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa.

Tanda kanser payudara mungkin berbeza bergantung kepada individu. Kadangkala, kanser payudara tidak akan menunjukkan sebarang simptom hinggalah pesakit diagnosis dengan kanser pada tahap 3 atau 4. Tanda-tanda juga mungkin berbeza mengikut jenis kanser payudara dan sejauh mana kanser telah merebak.

Antara simptom atau tanda kanser payudara adalah seperti berikut :

  1. Ketulan pada payudara atau rasa tidak selesa pada tisu sekelilingnya
  2. Perubahan pada saiz, bentuk atau penampilan payudara
  3. Perubahan pada kulit payudara
  4. Puting payudara terbalik ke dalam daripada menghala ke luar
  5. Kulit payudara mengelupas, kerak di kawasan kulit berpigmen
  6. Kelihatan bintik kemerahan pada kulit payudara

 

Segala tanda ini boleh dilihat atau dirasai sendiri terhadap kesihatan payudara.

Pemeriksaan payudara dalam skala yang kerap dapat membantu memantau jika terdapat sebarang tanda-tanda kanser berkenaan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kanser payudara, segeralah mendapatkan nasihat dari pegawai perubatan yang bertauliah dengan menghubungi:

Unit Kesedaran & Penyelidikan Barah Payudara. 
   (Breast Cancer Awareness & Research Unit
Hospital Universiti Sains Malaysia, 
Jalan Raja Perempuan Zainab II, 
Kota Bharu, Kelantan.
No Telefon: 09-767 4056


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan 0.5g Gold Bar Edisi Terhad di KAB Gold.

🎀 200 keping sahaja - Pembelian secara atas talian.

🎀 Didatangkan dengan kotak khas (Istimewa Kesedaran Kanser Payudara)

🎀 Sebahagian daripada pembelian akan disumbangkan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.