- Mekah ialah kota paling suci bagi umat Islam.
- Mekah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad S.A.W dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah S.W.T.
- Orang bukan Islam adalah dilarang daripada memasuki Mekah. Sekatan jalanraya diadakan pada setiap pintu masuk di Kota Mekah. Ini adalah untuk memelihara kesucian Kota Mekah.
- Di Mekah juga terdapat banyak lokasi yg dimakbulkan doa hamba2Nya..
- Satu2nya tempat yang diperintahkan oleh ALLAH untuk mengunjunginya sekiranya mampu dari segi fizikal dan material.
- Satu2nya tempat di bumi Allah ini yg mempunyai masjid yg mana pahala solat di masjid itu iaitu di Masjidilharam, digandakan pahalanya sehingga 1000 kali ganjaran pahala.
- Tempat yg Allah berikan balasan kepada sesiapa jua yg berniat jahat walaupun belum melakukannya.
- Tempat yang dijaga oleh para malaikat hinggakan tidak dapat dimasukki oleh dajjal.
- Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim, ia akan terus berdiri megah di Kota Mekah dan tidak akan runtuh sehingga hari Kiamat. Lokasi kedudukan Kaabah merupakan pusat bumi yg sebenar walaupun kini Barat mendakwa bahawa garisan Meridian merupakan pusat bumi.
- Menjadi kiblat umat Islam hingga akhir zaman.
Jadikanlah masjid sebagai tempat tumpuan utama dalam semua aktiviti kemasyarakatan kita. Kembalikan peranan masjid dalam usaha mentarbiah manusia, melahirkan tokoh, membaiki kerosakan masyarakat, memerangi kemungkaran dan membina masyarakat atas asas taqwa dan keredhaan Allah. Manusia memerlukan bimbingan agama agar kehidupan dunia dapat dilalui atas landasan yang benar sepertimana dikehendaki oleh Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.