Wahai saudara-saudaraku kaum muslimin, jangan kita terlalu leka menyaksikan perlawanan bolasepak piala
dunia juga hiburan-hiburan yang melalaikan yang di hidangkan kepada kita, sehingga kita lupa akan kesusahan saudara
seagama kita diluar sana.
Dalam kita
bersorak gembira meraikan kemenangan pasukan bolasepak yang kita minati, mereka
disana menangis dalam kelaparan dan kesengsaraan, mereka sedang berdepan dengan situasi yang mencemaskan akibat dihujani peluru dan bom malah ramai yang syahid mempertahankan bumi Gaza. Nyawa mereka
menjadi taruhan, puluhan, ratusan malah ribuan nyawa tidak berdosa bakal menjadi
korban angkara zionis laknatullah tanpa mengira anak kecil yang baru mahu mengenali dunia juga turut menjadi mangsa.
Hakikatnya, Israel dan sekutunya sedang memerangi
umat Islam di Gaza. Oleh itu, jika mereka sedang diperangi, maka apakah peranan
yang sepatutnya diberikan oleh kita
sebagai kaum Muslimin kepada saudara kita di sana.
Sedarlah wahai kaum
Muslimin... Sedarlah akan tanggungjawab kita semua kepada saudara sesama Muslim.
Sesungguhnya kaum muslimin itu adalah bersaudara. Jika sebahagian daripada
anggotanya merasa sakit, maka seluruh tubuh badannya akan merasa sakit. Jika
saudara kita sedang diperangi, maka sudah tentu wajib bagi kita berbuat
sesuatu menentang musuh-musuh Allah ini.
Saya mewakili semua jawatankuasa Masjid Padang Enggang mengalu-alukan
sumbangan dan derma untuk Tabung Kecemasan Gaza - Cakna Palestin. Cakna Palestin
memang tidak asing lagi bagi kita anak mukim Padang Enggang. Pihak Cakna
Palestin telah beberapa kali datang ke Masjid Mukim Padang Enggang. Pada hari
jumaat 6 ramadhan yang lepas wakil Cakna Palestin datang lagi,mereka memberi penerangan
dan maklumat terkini tentang perjuangan rakyat Palestin. Cakna Palestin
terbukti sangat komited dan istiqomah dalam usaha mereka membantu meringankan beban rakyat Palestin dan usaha ini sepatutnya mendapat sokongan kita semua.
Bantuan dan sokongan dari kita semua amat diperlukan untuk meneruskan
perjuangan rakyat palestin terutama dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Mereka berjuang demi mempertahankan tanahair mereka yang juga bumi ambia milik kita umat islam
seluruh dunia.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun seperti
berikut:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.