disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 27 Oktober 2023

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Dilantik Sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

DYMM Sultan Johor
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

                                           

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17. Pemilihan Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara hari ini. 

Pemilihan itu diadakan susulan tempoh lima tahun penggal pemerintahan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, bakal tamat pada 30 Januari tahun depan. 

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan selama lima tahun itu berkuat kuasa mulai 31 Januari 2024.

Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan, DYMM Padua Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama lima tahun mulai dari tarikh sama. 

DYMM Paduka Seri Sultan Perak 
Sultan Nazrin Muizuddin Shah


Susunan penggiliran pertama bermula pada 1957 (bagi pelantikan Yang di-Pertuan Agong) sehingga 1994, dilakukan atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, diikuti Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

Malaysia adalah sebuah daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem penggiliran dalam kalangan sembilan Raja Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.