disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 23 Mei 2014

Pohon Sumbangan Derma Untuk Pemasangan Air-Cond di Masjid Mukim Padang Enggang

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah:


Yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
(Al-Baqarah : ayat 267)

Mengeluarkan harta untuk kepentingan agama memang terasa berat, lebih-lebih lagi seseorang dalam keadaan serba kekurangan. Berbagai bentuk godaan datang menghalang kita untuk melakukan infaq di jalan Allah, seperti bisikan, takut harta kita akan berkurangan, atau masih banyak keperluan hidup yang perlu ditanggung serta pelbagai godaan-godaan lainnya yang tersembunyi dalam diri.

Bila kita tiada keupayaan untuk menyampaikan kuliah agama…
atau
mungkin kita juga  tiada idea untuk melontarkan pandangan atau cadangan....
atau
mungkin kita terlalu sibuk sehinggakan  tiada masa atau kekuatan untuk menyahut cabaran dakwah.......

YA.…inilah masanya…. kita boleh turut serta.....kita infaqkan sebahagian dari harta yang kita sayangi ke jalan Allah, sekadar yang kita mampu......

AJK Masjid Mukim Padang Enggang dalam mesyuarat AJK yang lepas telah membuat keputusan untuk memasang penghawa dingin di ruang solat utama Masjid Mukim Padang Enggang. Sebanyak 10 unit penghawa dingin (setiap satunya berkuasa 3 HP) diperlukan untuk tujuan tersebut. Oleh yang demikian, pihak AJK Masjid amat mengalu-alukan sumbangan semua pihak terutama anak mukim padang enggang yang berada dimana saja atau mana-mana dermawan yang mengetahui makluman ini


Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun:  
MASJID MUKIM PADANG ENGGANG
No akaun Maybank : 553 104 307 197.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Imam Tua Masjid Mukim Padang Enggang, Ustaz Haji Abdul Halim Mat Isa (No HP:013-9966082)


Kami, AJK Masjid Mukim Padang Enggang mendoakan tuan puan semua berada dalam perlindungan dan rahmat Allah semoga setiap ringgit yang tuan puan infaqkan akan dikira sebagai amal jariah yang akan menjadi bekalan di akhirat nanti, insyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.