disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 23 September 2022

BIAR MENYESAL DI DUNIA, MENYESAL DI AKHIRAT TIDAK GUNANYA LAGI.

Nasihat kepada mereka yang yakin ada kehidupan selepas mati:

  1. Berhentilah solat sendirian. Usahalah berada di Masjid atau surau apabila azan dilaungkan.
  2. Bacalah Al Quran setiap hari siang atau malam menurut kemampuan yang penting istiqamah meskipun hanya satu muka surat.
  3. Tunaikan solat sunat  Tahajjud walaupun sekadar dua rakaat pendek. 
  4. Berhenti menonton drama-drama, filem-filem kecuali yang memiliki nilai ilmiah dan intelektual yang patuh syariah. Ingatlah, alam kubur itu sangat dahsyat. Jadi, hargailah masa kita yang sangat mahal dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah selepas kita mati.
  5. Amalkan puasa sunat dan elakkan diri melepak di kedai-kedai kopi.
  6. Ambil berat tentang kesihatan dan sentiasa aktif bersukan, riadhah sekalipun dengan berjalan-jalan dan naik turun tangga. Sakit dapat menghalang ibadah. 
  7. Hadirilah kuliah Dhuha, Zuhur, Maghrib dan Subuh untuk menambah ilmu akhirat dan mendengar nasihat tentang kehidupan alam barzakh dan selepas dibangkitkan dari kubur. Kita kena stand by daripada sekadar sebab mati datang tepat pada masanya (kita tak tahu bila).
  8. Pastikan sumber pendapatan kita halal, bukan rasuah atau hasil penipuan dan lain-lain yang haram.
  9. Rajin-rajinlah ziarahi kubur-kubur dan bertafakkur tentang kematian dan hisab akhirat. 
  10. Banyakkan diam, kurangkan pertengkaran dan perdebatan dan habiskan masa yang selebihnya untuk membaiki hati. Kita semua bakal ahli kubur.
  11. Berkawan dan bergaul rapat dengan orang alim dan soleh. Jauhilah mereka yang asyik mengajak kepada hiburan, shoping dan perkara-perkara lagha/sia-sia.
  12. Pelajari ilmu bacaan Al-Quran yang betul secara berguru dan dalami ilmu Tauhid, ilmu Feqah dan ilmu Tasawuf untuk sentiasa memperbaiki hati.
  13. Jauhi ajaran sesat lagi menyesatkan seperti fahaman wahabi, syiah, hizbut tahrir, ayah pin dll. 

والله أعلم ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.