disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 29 Mei 2024

JANGAN SOMBONG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم


Daripada Abdullah bin Mas'ud RA berkata: “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang wujud sifat sombong di dalam hatinya meskipun sebesar zarah.


Sikap sombong merupakan satu sikap yang amat dilarang keras dalam Islam. Sombong merupakan satu penyakit hati, yang mana penghidapnya merasa bangga dan memandang tinggi akan diri sendiri.

Manusia sering terlupa bahawa yang mentadbir dan mentakdirkan segala yang di bumi dan di langit ialah Allah. Sebab itulah manusia menjadi sombong dan bongkak. Jangan kamu bersikap sombong kerana asal usulmu dari tanah dan ketanah jua kamu akan dikembalikan satu hari nanti.

 

Allah SWT berfirman:

قُلْ لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّـكَلِمٰتِ رَبِّيْ لَـنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ اَنْ تَـنْفَدَ كَلِمٰتُ رَبِّيْ وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهٖ مَدَدًا

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan"."

(Al-Kahf: 109)

 


Allah SWT berfirman:

وَلَوْ اَنَّ مَا فِى الْاَرْضِ مِنْ شَجَرَةٍ اَقْلَامٌ وَّالْبَحْرُ يَمُدُّهٗ مِنْۢ بَعْدِهٖ سَبْعَةُ اَبْحُرٍ مَّا نَفِدَتْ كَلِمٰتُ اللّٰهِ  ؕ  اِنَّ اللّٰهَ عَزِيْزٌ حَكِيْمٌ

yang bermaksud: 

"Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

(Luqman: 27)

 

Siapa yang merendahkan diri, maka Allah akan mengangkat maqamnya. Dan siapa yang sombong, Allah akan merendahkan maqamnya.

Janganlah kamu berbangga dan sombong (dengan ilmu yang dimiliki) kerana jika Allah hendak kembalikan kamu kepada kejahilan "Kun Faya Kun". 

Sebagaimana firman Allah SWT:

اِنَّمَاۤ اَمۡرُهٗۤ اِذَاۤ اَرَادَ شَیْـًٔـا اَنۡ يَّقُوۡلَ لَهٗ كُنۡ فَيَكُوۡنُ‏  ٨٢


yang bermaksud: 

"Dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".

(Yassin: 82)


Sesiapa yang meninggalkan sifat sombong, akan diberikan taufik untuk bertawadhuk.

Disaat Allah beri macam-macam kelebihan kepada kita... Allah juga beri beberapa kekurangan supaya kita tidak sombong dengan kelebihan diri serta tidak memandang rendah kekurangan orang lain.

Orang yang berilmu adalah yang merendahkan hati kepada manusia dan takut kepada Allah SWT. Justeru, wahai sahabat yakni saudaraku yang beriman lagi dimuliakan, gunakanlah hati mu agar sedar diri dan tidak sombong serta suka merendah-rendahkan pandangan orang lain...    

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْكَمُاَ فِيْ خَيْرٍ


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.