disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Sabtu, 1 Februari 2025

PERTEMUAN KEMUNCAK PARA-RASUL DAN PARA-NABI DI MASJIDIL-AQSA


(Inti Pati Khutbah Jumaat Kelantan 31.1.2025)

 

Seperti Masjidil-Haram, Masjidil-Aqsa merupakan pusat kegiatan para-rasul/nabi menegakkan agama Allah. Keistimewaan lain Masjidil-Aqsa:

■ Terletak di kawasan yang diberkati dan suci,

■ Qiblat pertama Umat Islam,

■ Masjid kedua dibangunkan di bumi,

■ Solat bernilai 500 kali ganda,

■ Satu daripada 3 masjid paling mulia,

■ Terletak makam beberapa nabi/rasul,

■ Persinggahan Rasulullah SAW sebelum mikraj,

■ Rasulullah SAW mengimami solat bersama para-rasul/nabi.

 

Mengimami solat besama para-rasul/nabi menunjukkan mereka menyerahkan kepimpinan kepada Rasulullah SAW untuk meneruskan penyebaran aqidah yang benar, menghapuskan syirik dan membawa rahmat kepada dunia.

 

Pertemuan dengan para-rasul/nabi mengingatkan tentang penyakit sosial dan akhlaq umat terdahulu yang tidak amanah, mengkhianati ajaran nabi dan mengubah kandungan kitab suci. Menurut sebuah hadith, antara penyakit umat terdahulu ialah terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah, asyik menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu-menipu dalam merebut harta, saling memusuhi dan hasut-menghasuti sehingga zalim-menzalimi. Kesan daripada gejala ini ialah negara menjadi tidak stabil dan merosakkan perpaduan serta persaudaraan. Akhirnya musuh-musuh Islam menguasai kepentingan politik, ekonomi dan sosial negara Islam.

 

Seruan:

■ Terus berpegang kepada al-Quran yang terjamin keasliannya.

■ Terus berpegang kepada al-Hadith yang terjaga kesahihannya ekoran syarat-syarat ketat.

■ Utamakan kepentingan Islam.

■ Dirikan solat fardhu kerana ia mencegah perbuatan keji dan mungkar.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.