disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 28 Februari 2025

RAMADAN 1446H | Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa 2 Mac


Kredit: Buletin TV3


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan, selamat datang bulan Ramadhan yang penuh barakah dan bulan yang dikenali sebagai madrasah untuk mengubah umat Islam menjadi umat yang lebih baik dan lebih berjaya dari tahun-tahun sebelumnya.

Sabda Rasululah SAW :

 

مَنْ كَانَتْ عِنْدَهُ مَظْلَمَةٌ مِنْ أَخِيهِ مِنْ عِرْضِهِ أَوْ مَالِهِ فَلْيَتَحَلَّلْهُ الْيَوْمَ قَبْلَ أَنْ يُؤْخَذَ حِينَ لَا يَكُونُ دِينَارٌ وَلَا دِرْهَمٌ، وَإِنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ مَظْلَمَتِهِ، وَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ صَاحِبِهِ فَجُعِلَتْ عَلَيْهِ

 

Maksudnya: 

“Barangsiapa pernah melakukan kesalahan terhadap saudaranya, sama ada yang berkait dengan kehormatannya atau hartanya, hendaklah dia segera meminta dihalalkan kepadanya sebelum datang suatu hari yang sudah tidak ada lagi dinar dan dirham. Ketika itu, jika dia memiliki amalan soleh, amalan solehnya diambil darinya dan diserahkan kepada saudaranya sesuai dengan kadar pelanggaran yang pernah diperbuatnya. Namun, jika dia tidak memiliki amal-amal kebaikan, kesalahan-kesalahan saudaranya itu diambil, lalu dipikulkan kepadanya”. 

(Riwayat Al-Bukhari, Al-Tirmizi dan Ahmad)



Ingatlah, kita bukannya sempurna. Lantaran itu, pengampunan daripada ALLAH serta kemaafan daripada manusia amat diperlukan.

Pastikan segala apa yang kita lakukan termasuk pekerjaan harian kita sekalipun menjadi ibadah dan kita dikurniakan ganjaran yang sangat besar dan baik dari Allah swt. Jangan lagi kita abaikan peluang ibadah dalam bulan yang penuh kemuliaan dan barakah ini.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.