disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Khamis, 9 Februari 2023

SAUDARA BARU ISLAM - ABU BAKAR

Menurut kenyataan di laman facebook ZamSaham, Pemilik TRW Kelantan, Norizam Turkiman bertarikh 8 Febuari 2023 telah mengumumkan Penolong Jurulatih Pasukan TRW Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas telah memeluk Islam.

Pol Corpas Cuatrecasas telah kembali kepada fitrah pada hari tersebut dan syahadahnya disempurnakan oleh Encik Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan yang disaksikan oleh Coach Rezal Zambery Yahya, Coach Azli Mahmood, Coach Abdul Rahman dan Coach Qusmaini Noor Rusli. Pol Corpas Cuatrecasas yang berasal dari Sepanyol, setelah memeluk islam memilih nama baharu Islamnya iaitu ABU BAKAR.

ABU BAKAR @Pol Corpas Cuatrecasatelah bersama skuad The Red Warriors sejak dari musim 2021 sehingga kini. Beliau masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023. Selain bertindak sebagai Pembantu jurulatih dan penganalisis video TRW, Abu Bakar akan membantu ketua jurulatih dari Korea Selatan, Choi Moon Sik dalam merencanakan pelbagai taktikal. Harapnya dengan mendapat semangat baru, Abu Bakar mampu membawa perubahan buat pasukan TRW Kelantan FC pada musim 2023.

Semoga ABU BAKAR terus istiqomah dan menjadi muslim yang berjaya didunia dan akhirat. Kepada boss zam dan team, tahniah dan syabas diucapkan atas usaha dan pengorbanan ini. Semoga usaha kalian mendapat ganjaran terbaik daripada Allah SWT.












SUMBER: FB ZAMSAHAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.