disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Khamis, 8 Jun 2023

Nafar Dan Tahalul.

 NAFAR AWAL & NAFAR THANI

Nafar bermaksud meninggalkan Mina dengan niat tidak akan kembali lagi ke Mina pada masa itu.

1. Nafar Awal.

  • Keluar dari bumi Mina pada 12 Zulhijjah dengan syarat - syarat berikut :
  • Meninggal Mina selepas gelincir matahari tetapi sebelum terbenam matahari pada 12 Zulhijjah.
  • Telah menyempurnakan semua lontaran di ketiga-tiga jamrah pada dua hari tasyrik (11 dan 12 Zulhijjah).
  • Telah mabit dua malam di Mina dengan sempurna pada 11 dan 12 Zulhijjah
  • Telah berniat untuk meninggalkan bumi Mina sebelum keluar dari Mina, dan berniat nafar (tinggalkan) serta terus keluar dari Mina.
  • Tidak lagi berazam untuk kembali semula ke Mina.

Nafar Awwal yang telah digariskan oleh syarak adalah satu keringanan yang diberikan kepada para jemaah haji. Keringanan ini diberi kepada mereka yang kesuntukan masa dan tergesa-gesa dalam melaksanakan ibadah haji. Dengan Nafar Awwal, ibadah haji yang sepatutnya panjang dapat disingkatkan tempohnya bagi memudahkan jemaah haji terus pulang ke Kota Mekah. 

2. Nafar Thani.

Jemaah haji itu dikatakan membuat nafar thani apabila ia meninggalkan bumi Mina pada 13 Zulhijjah setelah menyempurnakan mabit dan melontar pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

**Penentuan sama ada jemaah itu membuat Nafar Awal atau Nafar Thani diputuskan oleh pengurusan Tabung Haji (TH) disana berdasarkan tarikh penerbangan dan dalam kes-kes tertentu perlu mendapat kebenaran dari mereka.





Tahalul bagi ibadah haji pula dibahagikan kepada dua iaitu Talalul Awal dan Tahalul Thani.. 

1. Tahalul Awal 

Tahalul Awal boleh dilaksanakan oleh jemaah haji apabila telah melaksanakan dua daripada tiga perkara seperrti dibawah: 

  1. Melontar jamrah al-kubra
  2. Tawaf rukun dan saie’ (jika saie’ masih belum dilaksanakan)
  3. Bercukur atau bergunting

2. Tahalul Thani 

Tahalul Thani pula iaitu apabila jemaah haji berjaya melaksanakan ketiga-tiga perkara yang disebutkan seperti di atas.

Dalam melaksanakan Talallul Awal, jemaah haji diberi pilihan untuk melakukan mana-mana perbuatan di atas secara mengikut turutan ataupun sebaliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.