السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dalam surah Saba' ayat 19, Allah SWT berfirman;
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ
Sesungguhnya pada demikian itu
Iaitu nikmat-nikmat yang Allah bagi pada kaum Saba' berupa
buah-buahan, kemudian Allah hancurkan.
Kemudian Allah bagi bagi negeri itu aman, dekat, selamat,
tapi akhirnya mereka kufur.
Semua itu...
لَأٓيَٰتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ
Pasti ada tanda/pengajaran
Bukan untuk semua orang tapi untuk setiap orang yang sabar.
Apa maksud صَبَّارٍ?
Orang yang sangat-sangat sabar.
Yang kedua, شَكُورٍ - orang yang sangat-sangat bersyukur.
Kenapa Allah kata semua ini ada pengajaran untuk orang yang
sabar dan bersyukur?
Maknanya kalau dia tak sabar dia tak akan dapat pengajaran.
Yang kedua, kalau dia tak bersyukur, dia tak akan dapat
pengajaran.
Maksudnya apa? Macam mana dengan dia syukur dia akan dapat
pengajaran?
Kenapa Allah hancurkan segala nikmat yang Allah beri kepada
penduduk Saba'?
Allah hancurkan penduduk Saba' sebab mereka tak bersyukur.
Kalau kamu jadi orang yang bersyukur, nikmat itu kekal. Bahkan Allah tambah.
Dan bila Allah uji dengan ujian, kamu bersabar. Dengan
sabar itu pun nikmat akan kekal.
Tapi, kalau Allah bagi ujian kamu tak sabar Allah tambah
lagi dengan musibah yang lain.
Kedua, sabar dan syukur adalah dua sifat yang paling
penting dalam hidup orang beriman.
Apa makna sabar?
Menahan diri daripada apa sahaja yang Allah murka. Dapat
musibah, mengeluh. Dia tahan diri daripada mengeluh. Menahan diri daripada
marah. Dia tahan dan redha.
Ada berapa tingkat sabar?
1) Marah
Ini tingkat sabar yang paling teruk. Dia marah maksudnya
dia tak sabarlah dan hukumnya haram.
Nabi Muhammad ﷺ kata,
bila Allah sayang Allah bagi ujian. Bila dia marah, Allah marah.
Kalau bos marah, suami marah pun kita dah kecil hati. Tapi
ini siapa yang marah?
Allah.
Kerana apa?
Hanya kerana kita marah dengan ujian. Jadi, hukumnya haram.
2) Sabar
Bila Allah uji, kita sabar. Hukumnya, wajib. Maknanya kalau
tak sabar, berdosa.
Orang langgar kereta kita, musibah tak?
Musibah.
Tapi berdosa tak?
Tak.
Tapi kita maki dia, berdosa tak?
Berdosa!
Mana lebih besar, kereta rosak dengan kita marah?
Kita marah kan? Tapi yang mana kita lebih sayang?
Kereta.
Jadi, Allah uji kita sebab nak bagi benda yang paling
mahal. Apa dia?
Redha Allah!
Tapi kita tak nampak nilai redha, kita hanya nampak nilai
kereta. Kita pun maki orang.
Jadi, tingkat yang tinggi dalam sabar ialah redha.
3) Redha
Ada orang sabar, tapi dia tak redha. Dia tak marah, tak
mengutuk, tapi hatinya...
"Haihh.. Baru je beli semalam. Aku kumpul dari
kecik..." (dalam hati la)
Itu tak redha.
Apa hukum redha?
Sunat.
Kalau hukum redha ni wajib, agak-agak ramai tak berdosa?
Yang tak sabar pun dah ramai dah, kan?
Tingkat sabar paling tinggi pula apa dia?
4) Syukur
Hukumnya sunat. Ini tahap paling tinggi, dia tahan marah,
kemudian hatinya redha dan mulutnya... الحَمدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَال
Orang langgar kereta kita, kita kata, "Terima
kasih..."
Kenapa terima kasih?
"Saya nak tingkat sabar yang paling tinggi sebab itu
benda yang paling mahal. Kereta saya tak ada nilai. Terima kasih."
Sebenarnya Allah nak bagi tingkat-tingkat ni. Allah nak
bagi sabar, redha, syukur. Bila Allah nak bagi, mesti ada ujian!
"Aku nak bagi benda mahal tapi dengan cara Aku nak
rosakkan benda yang kamu sayang. Aku nak tengok kamu sayang harta atau sayang
redha Aku."
Boleh faham?
Tapi masa berlaku tu, kita sedar tak Allah nak bagi yang
lebih mahal?
Tak sedar.
Bila sedar?
Lepas tiga hari tiga malam, kan?
Sebab itu ada seorang wanita (di zaman Nabi ﷺ)
duduk di kubur dan menangis sebab anaknya meninggal.
Jadi, bila Nabi ﷺ
datang, Nabi ﷺ tegur,
اِتَّقِ اللَّه
Dua tiga patah je Nabi ﷺ
tegur, "Takutlah pada Allah."
Perempuan tu marah Nabi ﷺ. Dia
tak kenal Nabi.
Dia kata, "Kamu tak menanggung sebagai mana aku
tanggung."
Tapi dia tak katalah, "Berat mata memandang, berat
lagi bahu yang memikul."
Nabi tegur, dia marah Nabi pulak.
Satu, menangis. Yang kedua, marah orang yang tegur.
Dan Nabi ﷺ marah tak pada perempuan
itu?
Nabi diam, kemudian Nabi berjalan.
Lepas tu orang tegur dia,
"Kamu tahu tak siapa yang tegur kamu?"
"Tak tahu."
"Itu adalah Rasulullah ﷺ."
Ya Allah! Menyesal dia. Dia pergi rumah Nabi ﷺ,
ketuk pintu dan bagi tau,
"Wahai Rasulullah, aku tak tahu kamu adalah
Rasulullah."
Nabi ﷺ kata apa?
الصَبرُ عِندَ الصَدَمَةِ الأُولَى
Sabar yang sebenar-benar sabar ialah pada detik pertama
kamu diuji.
Walaupun dia jumpa Nabi, dia minta maaf, tak dikira sabar
dah sebab tempoh sabar dah habis.
Orang langgar kereta kita, kita maki, lepas tu pagi besok,
"Saya minta maaf. Saya boleh sabar sekarang."
Sabar itu tak dikira dah. Dah expired.
Sebab itu Allah kata, pengajaran ayat ini untuk dua sahaja,
sabar dan syukur.
Kenapa dua ni saja dan bukan sifat lain?
Sebenarnya masalah manusia ada dua je.
Satu, Allah bagi nikmat pada dia.
Yang kedua, Allah bagi musibah.
Kalau orang beriman, bila Allah bagi nikmat, dia syukur.
Bila Allah bagi musibah, dia sabar.
Kalau dua-dua ni ada pada dia, dia adalah orang beriman
yang paling sempurna dan hidup dia akan sentiasa bahagia.
Dari Sa’ad bin Abi Waqqas radhiallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ
bersabda:
عَجِبْتُ لأمرِ المؤمنِ ، إنَّ أمرَهُ كُلَّهُ خيرٌ ،
“Aku kagum dengan urusan orang beriman. Semua urusan orang
beriman, semua baik. Tak ada yang tak baik.
Kemudian Nabi ﷺ
huraikan, macam mana semua baik tu?
إن أصابَهُ ما يحبُّ حمدَ اللَّهَ وَكانَ لَهُ خيرٌ ،
Sekiranya yang menimpanya ialah apa yang dia suka - dia
suka sihat, dia suka harta - maka dia puji Allah. Dia tak sombong.
Allah kata, pujian dia kepada Allah وَكانَ لَهُ خيرٌ - dia
dapat kebaikan.
Nabi kata dia dapat dua. Satu, dia dapat apa yang dia suka.
Yang kedua, dia puji Allah.
Yang mana yang baik?
Puji Allah. Bukan nikmat. Sebab kadang-kadang Allah bagi
kita nikmat sihat tapi nikmat itu menjadikan kita sombong.
Yang kedua,
وإن أصابَهُ ما يَكْرَهُ فصبرَ كانَ لَهُ خيرٌ ،
Sekiranya menimpanya apa yang dia tak suka, dia sabar. Maka
musibah itu Nabi ﷺ kata, كانَ لَهُ خيرٌ -
baginya adalah baik.
Apa yang baik?
Sabar.
وليسَ كلُّ أحدٍ أمرُهُ كلُّهُ خيرٌ إلَّا المؤمنُ
Tidak ada seorang pun yang semua urusannya baik kecuali
hanyalah dia orang beriman.
Apa maksudnya?
Kalau dapat musibah, dia marah, masa tu dia tak beriman.
Bila dapat nikmat, dia mula sombong, masa tu dia tak
beriman.
Bila dia betul-betul beriman?
Bila dapat musibah, dia sabar dan bila dapat nikmat, dia
bersyukur dan semakin merendah diri, bukan sombong.
Wallahu a'lam.
.
#UstazAbdMueinAbdRahman
#TadabburSurahSaba'
#GhulamAlDakwah
#MelahirkanDu'atMenyebarkanIslam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.